Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Monday, August 3, 2015

BETUL KE TANDATANGAN AISHAH PADA DUIT KERTAS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Asal barang jadi duit. Asal duit jadi duit. Begitulah orang kita, asal boleh mendatangkan nilai yang tinggi, habis diselongkar segala tabung dan simpanan duit-duit lama. Untuk apa? Untuk mencari duit kertas yang mempunyai tandatangan Aishah.

Duit kertas dengan tandatangan Aishah?

Siapa Aishah? Adakah beliau seorang Gabenor Bank Negara? Sebenarnya, tak pernah umur ada seorang Gabenor Bank Negara bernama Aishah. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Aishah itu Gabenor Bank dari dunia Bunian?

Berikut adalah senarai Gabenor Bank Negara Malaysia :

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959 - 1962)

2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962 - 1980)

3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980 - 1985)

4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985 - 1994)

5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994 - 1998)

6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998 - 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000 - kini)

Manakah letaknya Aishah dalam Bank Negara? Rupa-rupanya ramai yang tak tahu bahawa tandatangan yang dikatakan tandatangan Aishah itu sebenarnya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. 

Sekali pandang, memang nampak seperti ditulis Aishah

Memang ramai yang terkeliru dan tak ambil tahu bahawa sebenarnya tandatangan ini bukanlah tandatangan Aishah, tetapi yang sebenar-benarnya ialah tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-6 iaitu tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Tapi, kenapa masih ada yang mencari-cari duit kertas tandatangan ni dan sanggup mengeluarkan nilai yang tinggi? Ada ceritanya mengapa wang kertas RM1.00 tandatangan Tan Sri Abul Hassan Sulaiman dicari, boleh baca di sini >> KLIK <<

Kenapa aku bercerita pasal duit / numismatik? Nak dijadikan cerita, sebentar tadi ada dua orang datang berjumpa nak menjual duit syiling RM 0.10 sen tahun 1973 dan 1981. 


Puas juga mencari maklumat pasal duit seposen tahun 1973 dan 1981 ni, tetapi rasanya tiada apa-apa yang menarik. Cuma yang 'menariknya' ia hitam dan nampak terlalu lama. Mungkin sudah lama tertanam di bawah tanah. 

Berbalik-balik pada 'Aishah' tadi, mungkin ramai yang berpendapat bahawa Aishah yang disebut-sebutkan adalah Permaisuri negeri Selangor (1998 - 2001) iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah binti Abdul Rahman.


Namun sebenarnya, bukanlah beliau yang menandatangani duit tersebut. 

Kesimpulannya, kalau tak tahu sila rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai, banyak sumber-sumber rujukan dan pakar yang boleh dipercayai, bukannya hanya ikut sahaja apa yang orang cakap. 

Friday, June 26, 2015

TIPS CARA MENYIMPAN DUIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jom menabung mulai sekarang. Nanti senanglah untuk berbelanja apabila ada kecemasan atau apa-apa keperluan mendesak.

Yang nak dikongsikan ni bukanlah tips yang aku cipta sendiri, aku sendiri terbaca dari blog atau facebook (sorry tak ingat). Jadi aku kongsikan sedikit saja satu dari tips yang diberikan.



Tipsnya ialah MENGUMPUL SI HIJAU. Maksudnya ialah, apabila di dalam beg duit atau baki dari hasil pembelian kita mempunyai duit RM 5.00 yang berwarna hijau tu, jadi kita perlu simpan ke dalam tabung. 

Aku pun sebenarnya baru saja bermula mengumpul si hijau ni. Baru minggu ni bermula. Diam tak diam dah ada 10 keping si hijau. Erm.. Baru beberapa hari dah 10 keping! Belum lagi sebulan, setahun, pasti banyak nanti.

Yang pernting, perlu ada disiplin. Jangan tengok dah banyak sikit duit tu, habis pulak dibelanjakan untuk keperluan yang tidak mendesak. Tapi aku sendiri tak pasti, berapa lama duit RM 5.00 berkeping-keping tu boleh bertahan dalam tabung milo aku ni. Harap-harap lamalah dia terperap dalam tabung. 

Monday, November 18, 2013

DUIT MASUK LAJU DENGAN CHURP CHURP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan nabi MUHAMMAD S.A.W.

Aku tahu mesti sudah ramai yang sedia mengetahui tentang CHURP CHURP. Aku pun kenal benda ni dah lama, cuma tak aktif saja.



Baru-baru ni seorang kenalan blogger duk bercerita pasal CHURP CHURP ni, terus aku teringat yang aku sudah memiliki akaunnya tetapi sudah lama tidak aktif untuk mengongsikan iklan di laman sosial.

Aku log-in CHURP CHURP, jumlah wang terkumpul macam dulu juga, tak bergerak. Iyalah, tak mengongsikan iklan, mana nak bergerak. Then, aku lihat ada 4 iklan yang boleh dikongsikan, dan aku kongsikan iklan tersebut di Facebook aku.

Dalam 2 hari aku mengongsikan 4 iklan tersebut, jumlah peningkatan wang yang terkumpul meningkat sebanyak lebih RM 30.00. Dalam hati aku terfikir, ini sudah cukup bagus. Sudah bolehlah aku aktifkan semula mengongsikan CHURP CHURP

Huh.. Senangnya nak dapat duit. Tak perlu bayar apa-apa, cuma kongsikan saja iklan.  

Agak-agak sesiapa yang belum join CHURP CHURP tu, bolehlah daftar di sini >> CHURP CHURP <<

Ps : Iklan ni yang paling banyak menyumbang --> KLIK




Wednesday, March 9, 2011

BELI BARANG DENGAN CIUMAN

Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya.

Isteriku Leha sayang,

Maafkan abang sayang, bulan ini abang tidak dapat hantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab bisnes abang merudum. Abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk sayang...

Yang mencintai sayang,
Abang Rahman


Seminggu kemudian, Rahman menerima surat balasan dari isterinya Leha.

Abang sayang,

Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah laporan perbelanjaan Leha.

Kedai runcit Pak Hashim sedia terima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.

Tukang baiki paip sedia terima 4 ciuman sayang untuk baiki sinki bocor.

Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.

Linggam karpet tidak terima ciuman, tetapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan belanja.

Guru tuisyen Along sedia terima 3 ciuman, guru Angah terima 3 ciuman dan guru Adik 12 ciuman (sebab adik perlu diberikan banyak tumpuan)

Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman dengan wang sebanyak RM100. Terima kasih abang di atas kiriman ciuman amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan juga tersangatlah mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak lagi ciuman untuk sayang. Oh ya! Sayang ada lagi baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu?

Dari sayang abang,
Leha

Ehsan : Majalah Mastika Februari 2011

Ps : Walaupun ini adalah satu bahan jenaka, namun terdapat unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang berguna kepada kita sebagai suami isteri yang telah berumah tangga.

Pengajaran bagi suami :

Jangan lupa untuk berikan isteri nafkah untuk kegunaan isteri. Pemberian nafkah kepada isteri adalah wajib.

Pengajaran bagi isteri :

Isteri jangan sesekali mudah menyerahkan diri dengan mencari rezeki dengan cara yang salah sekiranya suami gagal memberikan nafkah. Sesungguh zina itu adalah haram dan dosa besar.




Monday, January 24, 2011

JANA RM 12K HANYA DENGAN BLOG

Tahniah diucapkan kepada blog Redmummy.com kerana berjaya mencapai sejumlah RM12k dalam sebulan dalam dunia blog memblog ni. Tak sangka ye.., hanya dengan hobi memblog, blogger boleh menerima pendapatan yang begitu tinggi. Agak-agak bilalah aku boleh capai camtu. Kalau tiap-tiap bulan dapat camtu, bolehlah beli rumah lagi satu.. :)





Tapi apakan daya.. Blog aku cuma...

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
Agak-agak kalau camni bila nak kaya? :p

Friday, November 19, 2010

BERHATI-HATI SEMASA KELUARKAN DUIT DARI MESIN ATM

Apabila duit gaji sudah masuk, pasti ramai ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit gaji mereka. Disamping berhati-hati dari aspek keselamatan, terdapat satu lagi aspek berhati-hati yang perlu ditekankan.

Aspek berhati-hati yang dimaksudkan ialah berhati-hati dengan bilangan duit yang dikeluarkan. Ada kalanya kita alpa, duit yang dikeluarkan terus dimasukkan ke dalam beg duit tanpa mengira jumlahnya terlebih dahulu.





Sebenarnya ada kejadian mesin ATM mengeluarkan jumlah duit kurang dari jumlah yang sepatutnya. Perkara ini pernah berlaku pada seorang teman isteri saya baru-baru ini dan untuk mendapatkan semula duit tersebut di bank merupakan kerja yang amat sulit dengan pelbagai prosedur.

Moral dari kisah ini : Kira dulu duit yang dikeluarkan dari mesin ATM kerana tidak semua mesin berfungsi dengan sempurna, ada kala ianya rosak dan perlu dibaiki. Manusia pun kadangkala silap kira, inikan pula mesin.

Thursday, September 23, 2010

50,000.00 UNTUK DIHABISKAN DALAM SATU HARI


Kepada sekalian kawan-kawan aku, di sini aku nak minta tolong kalian semua kerana aku perlu menghabiskan wang yang bernilai 50 ribu ini dalam hari ini juga kerana ada satu perjanjian yang perlu aku selesaikan (ala.. macam cerita Mr. Os tu). Kalau sesiapa yang sudi nak tolong perabiskan wang ini, sila telefon aku. Dah tak tau nak buat apa dengan duit ini...