Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Monday, October 19, 2015

APABILA FRASA 'BERAT' DILIBERALKAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah, malam Sabtu yang lepas, berpeluang mendengar ceramah agama di dataran Pusat Islam Melaka. Ceramah agama itu bersempena Karnival Falak negeri Melaka. 

Banyak juga pemahaman yang dapat dipelajari dari ceramah tersebut. Cuba yang masih terngiang-ngiang di kepala otak aku ini ialah tentang usaha untuk meliberalkan bahasa terhadap sesuatu benda atau perbuatan yang mungkar. 

Meliberalkan bahasa agar ia seakan-akan boleh diterima oleh masyarakat tanpa ada suatu kesalahan yang berlaku atau meringankan sesuatu kesalahan agar ia tidak nampak berat.

Antara contoh yang diberikan oleh ustaz tersebut yang sempat aku masukkan dalam sel otak aku ni ialah frasa ialah :


Betul ke perkataan ini diliberalkan? Jom kita cuba membuat contoh...

A. Emak.. Maafkan Bella mak, Bella sudah terlanjur.

B. Emak.. Maafkan Bella mak, Bella sudah berzina.

Berzina itu adalah satu kesalahan besar dan salah satu dosa besar. Tapi apabila ia ditukarkan dengan perkataan terlanjur, nampak macam kecil sahaja kesalahan itu kan?

Begitu juga dengan contoh ini...

A. Bro.. jom ke disko malam ni, GRO baik-baik tu..

B. Bro.. jom ke disco malam ni, pelacur baik-baik tu..

Sedapkan sebut GRO dari pelacur? Nampak suci je.. Nampak macam tiada kesalahan saja.

Sekian saja perkongsian hari ini. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, salah dan silap dari kelemahan diri ini sendiri.

Wallahuaklam.

Friday, February 8, 2013

MATI SYAHID PUN BELUM TENTU MASUK SYURGA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Benda yang baik apa kata kita saling sampai-menyampaikan agar ianya menjadi satu ilmu kepada semua yang boleh dimanfaatkan bersama.

Saya terbaca tentang ilmu yang disampaikan ini melalui blog komensen. Semoga kita sama-sama dapat membacanya dengan teliti dan sebolehnya kita mengelakkan diri daripada perkara yang dilarang itu iaitu RIAK. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda :

Yang pertama kali diseru pada hari kiamat adalah orang yang menghafal Al-Quran, orang yang mati syahid dan orang kaya.

Kepada orang-orang yang menghafal Al-Quran, Allah berfirman : "Apakah Aku tidak mengajar kamu membaca Al-Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?"

Jawab mereka : "Tentu sahaja, ya Tuhanku"

Firman Allah seterusnya : "Untuk apa ilmu yang engkau miliki itu?"

Jawab mereka : "Saya amalkan dan saya kaji siang dan malam"

Firman Allah lagi : "Engkau dusta!"

Para Malaikat juga berkata : "Kamu dusta!"

Firman Allah : "Sebenarnya engkau ingin mendapat pujian dari orang ramai bahawa engkau seorang Qari. Maka cukuplah pujian ramai sebagai pahala untukmu"

Sekarang, giliran orang kaya pula dihadapkan kepada Allah.

Firman Allah : "Apakah Aku tidak memberi kekayaan kepada mu, hingga engkau tidak memerlukan sesiapa pun?"

Jawabnya : "Tentulah ya Tuhanku. Hamba telah mendapat kakayaan dari-Mu".

Seterusnya Allah berfirman : "Engkau gunakan kekayaan yang Aku berikan itu untuk apa?"

Dia menjawab : "Saya gunakan untuk bersilatulrahim dan bersedekah"

Maka Allah berfirman : "Engkau berdusta!"

Firman Allah seterusnya : "Sesungguhnya engkau ingin mendapat pujian sebagai seorang yang pemurah. Nah, ambillah pujian itu sebagai bahagian untuk mu"

Kini, tiba giliran yang yang mati syahid dihadapkan kepada Tuhan.

Allah berfirman : "Apa yang engkau lakukan selama di dunia?"

Jawabnya : "Saya diperintahkan untuk turut serta dalam Perang Sabil dan perintah itu saya turuti hingga saya mati dalam peperangan itu"

Firman Allah : "Kamu dusta!"

Kemudian Allah berfirman : "Sebenarnya engkau hanya ingin dipuji sebagai seorang pahlawan yang berani dan pujian itulah bahagian untukmu".

Kemudian Rasulullah menepuk lututku sambil bersabda : "Ya Abu Hurairah, mereka itu adalah orang-orang yang mula-mula sekali merasakan panasnya api neraka".


Subhanallah, orang yang kita sangkakan baik itu juga tidak terlepas daripada azab Allah, apakan pula kita ini insan biasa yang senantiasa melakukan dosa kesalahan dalam keadaan sedar atau tidak.

Sumber : Komensen 

Monday, January 24, 2011

MANUSIA KE ARAH KEMUSNAHAN GENETIK DAN KETURUNAN

Jual bayi... Sebenarnya perkara ini bukanlah suatu yang baru. Aku percaya, kes seperti ini telah berlaku sejak sekian lama. Cuma baru-baru ini saja, kes ini "meletup" di dada akhbar. Sebenarnya, dalam pemerhatian aku, didapati aktiviti menjual bayi ini adalah suatu kes yang besar dan harus ditangani segera hingga ke lubang cacing kerana ianya mampu memecahbelah dan mengelirukan asal usul ummah.

Pertama, kita perlu berasa bersalah sekiranya anak yang sepatutnya akan dibesarkan secara islam (sekiranya ibunya islam) dijual kepada keluarga bukan islam. Di sini, sudah tentulah anak tersebut akan mengikut cara orang bukan islam. Alangkah rugi dan berdosanya manusia yang menjual bayi tersebut. Kita yang membiarkan perkara ini terus berlaku turut mendapat tempias dosanya.





Kedua, kalau aktiviti ini terus berleluasa dan sekiranya bayi tersebut telah besar, dan andai kata mereka bertemu jodoh dengan seseorang yang sebenarnya mereka berstatus adik beradik, bukankah perkahwinan tersebut adalah tidak sah. Tidakkah ia akan menimbulkan kesusahan pada mereka kelak apabila mereka dewasa? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?

Bagi aku, ibu yang menjual anaknya adalah sama sahaja seperti membuang anak. Mereka hanya pandai membuat anak, tetapi enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya. Jelaslah apa yang yang dikatakan dunia sudah akhir zaman, manusia mencipta banyak kemusnahan di muka bumi ini. Dengan adanya aktiviti jual beli bayi ini menunjukan manusia kini menuju ke arah kemusnahan dari segi genetik dan keturunan.