Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, November 13, 2022

Cara Pujuk Isteri Sebelum Berjauhan

Bukan senang nak senang tuan-tuan. Nak-nak bagi yang belum berkahwin kena belajar dengan pakcik yang sudah beranak lima ni. Hahaha... Emm.. Begitulah hendaknya apabila mahu meninggalkan isteri dan anak-anak pada jangka masa yang agak panjang. 

Nak diceritakan, pada pertengahan bulan ini aku akan ke bumi Kenyalang untuk lawatan kerja. Bukan sehari dua tapi empat hari. Jenuh jugalah nak beri apa alasan untuk meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Sebenarnya sudah lama juga surat arahan telah dikeluarkan tapi aku masih berahsia dengan isteri bagi menunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Bulan Disember pula ke Pulau Pinang. Aduh, parah.

Sebelum-sebelum ini memang jadi hal kalau aku keluar lama ke negeri lain atas urusan kerja. Kali yang terakhir aku keluar dari Melaka apabila mengikuti program di Kelantan selama sepuluh hari. Masa itu anak yang bongsu baru masuk dua bulan. Memang muncung sajalah isteri aku. Tapi masa tu, lepas balik dari Kelantan terus mengambil hati isteri dengan pergi menonton wayang bersama tanpa bawa anak-anak. Kebetulan, cerita Mat Kilau baru ditayangkan.

Kali ini aku telah mempelajari dari apa yang pernah berlaku. Sebelum apa-apa terjadi, aku bawa isteri aku bercuti dahulu. Tak jauh mana pun, dekat saja. Sangat dekat dengan rumah aku tak sampai lima kilometer iaitu di The Atlantis Residences Melaka. Bak kata orang, nak suasana saja. Nak 'suasana' punya pasal, satu malam RM500.00. Haha.

Sebenarnya, kami turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung, Muhammad Fahim yang telah mencapai usia 14 tahun. Sambut dalam bilik saja sambil order KFC melalui Food Panda

Apabila sudah dibawa bercuti ni, untuk meninggalkan isteri dan anak-anak nanti dah tak 'tegang' sangat walaupun kalau boleh isteri tak beri juga aku keluar rumah lama-lama. Nak buat macam mana, yang pilih ialah big bos, bukan aku yang saja-saja nak ikut. 

Namun, sebenarnya ada jugalah aku menolak untuk sertai mana-mana lawatan kerja di luar Melaka. Contohnya baru-baru ini ada lawatan kerja ke Perak selama 3 hari 2 malam, aku maklumkan aku tak dapat sertai dengan sebab-sebab tertentu. Tapi sampai bila aku mahu menolak? Urusan kerja, bukan aku pergi melancong atau melencong. 🤔

Isteri aku sebenarnya faham kerja aku. Cuma, iyalah... Anak-anak ramai, masih bersekolah dan ada yang masih belum setahun, dia seorang yang kena uruskan semua nanti. Bukan tak kesian, memang kesian. Tapi itulah.. Nak buat macam mana kan. Pandai-pandailah bawa berbincang suami isteri. Hihi.

Dahlah... cukuplah sesi luahan perasaan ini. Haha.. layan saja gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa 'bercuti' di The Atlantis Residences Melaka

Kalau rajin nanti, aku buat review sedikit tentang The Atlantis Residences Melaka di entri yang lain pula. Huh, entri ni pun dah seminggu berlalu baru nak post. Tengoklah macam mana nanti. 
😅😅😅

Ruang lobi

Pemandangan malam di atas 40

Pemandangan Bandaraya Melaka dari aras 40 pada waktu siang

Malam-malam pun layan mandi

Pemandangan kolam pada waktu malam

Terdapat ruangan kanak-kanak

Diambil dari bilik di aras 20

Masa bersantai ala-ala mat saleh di tepi kolam, aku angkat gambar ni

Tuesday, December 10, 2013

MR. MAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Isnin hingga hari Rabu aku bercuti rehatkan badan dan minda di rumah. Cuti tahun pun memang banyak lagi, jadinya, aku mengambil keputusan untuk bercuti. 

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan anak perempuan aku yang menyelak baju dan menghisap puting aku. Aduhai, dia ingat aku ni mama dia agaknya. Isteri aku bekerja, tidak bercuti.

Ingat lepas bangun tidur, aku nak hantar anak kecil aku ke rumah penjaganya, tapi penjaga mahu bercuti. Jadi akulah yang akan menjaga sendiri 2 orang anak aku. Yang besar tu takpelah, memang senang dijaga, yang kecil tu agak sukar sedikit.

So far, memang tiada masalah menjaga mereka. Waktu makan kami makan bersama, lepas makan, kitorang pun tidur bersama. Cuma masa diorang bermain tu adalah gaduh-gaduh sedikit. Terjerit sana, terjerit sini. Aku pun terjerit sama. :)

Hari ni banyaklah juga kerja-kerja rumah yang dibuat, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu lantai dan memasak. 

Bab memasak ni memang minat, tapi takde ilmu. Dalam perkataan lain, tak tahu memasak. Aku sudah berfikir-fikir untuk buat sup ayam, kerana isteri aku pernah beritahu, anak sulong aku suka makan sup ayam, makan pun akan bertambah-tambah. Jadinya sebelum memasak tu, aku telefon isteri aku untuk minta resepi cara-cara membuat sup ayam.

Gambar sekadar hiasan. Tak sempat nak ambil gambar Sup Ayam aku, anak-anak dah tak sabar nak makan. Sumber gambar >> KLIK <<


Laaa... rupa-rupanya senang saja buat sup ayam. Lepas masak, aku merasa sup ayam tu, dan aku berpuas hati. Rasa sedap, macam isteri aku masak juga. Hehehe. Selain sup ayam, aku juga memasak ayam kunyit menggunakan kuali seperti 'Pemanggang Ajaib'.

Dah ni je yang nak diceritakan. Esok bercuti lagi, mungkin akan terus jadi Mr. Mama semasa bercuti ni. d:-)

Tuesday, November 26, 2013

SENARAI HARGA HOTEL BERSERTA HARGA DI MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Oleh kerana senarai hotel di Melaka yang dibuat tempoh hari mengalami masalah teknikal pada gambarnya. Di sini dilampirkan senarai baru untuk rujukan pada pelawat dan pelancong yang ingin ke Melaka.

Selamat bercuti ke MELAKA. :)

Klik gambar untuk tumbesaran sempurna

Klik gambar untuk tumbesaran sempurna

Sunday, November 24, 2013

JUMAAT SEBAGAI CUTI HUJUNG MINGGU?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam but nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah.. Tahniah kepada rakyat Johor terutamanya bagi mereka yang beragama Islam kerana cuti mingguan negeri tersebut telah ditukarkan kepada hari JUMAAT dan Sabtu sepertimana negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hari JUMAAT merupakan hari kebesaran bagi umat Islam, memang berpatutanlah sekiranya hari JUMAAT diiktiraf sebagai cuti mingguan. Antara rasionalnya ialah :

a) Bagi pekerja lelaki, tidak perlu terkejar-kejar ke masjid untuk menunaikan Solat JUMAAT oleh kerana waktu rehat yang singkat.

b) Kaum lelaki yang bekerja boleh membersihkan diri dan memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian untuk menunaikan Solat JUMAAT.

c) Waktu rehat bagi kakitangan kerajaan pada hari JUMAAT ialah selama 2 jam 30 minit. Peruntukan waktu rehat yang panjang boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan, justeru adalah lebih elok hari JUMAAT Adalah hari cuti.

d) Tiada alasan bagi pekerja yang tidak tidak boleh meninggalkan tempat bertugas untuk tidak bersolat JUMAAT.



Semoga suatu hari nanti, kesemua negeri di Malaysia dapat melaksanakan cuti mingguan pada hari JUMAAT dan Sabtu.

Wallahuaklam.

Wednesday, May 29, 2013

SENARAI HOTEL DI MELAKA BERSERTA HARGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Di Melaka ni, bila tiba musim perayaan dan cuti sekolah, mulalah sesak dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara. Kalau lambat menempah bilik hotel, alamat penuhlah gamaknya. Memang biasa begini, hotel penuh semasa musim cuti.

Baru-baru ini ada kenalan perniagaan tudung dari Pahang nak datang ke Melaka, habis dicarinya hotel namun tiada yang kosong. Nampak macam pelik, tapi begitulah situasinya di Melaka. Akhirnya beliau menyewa 'homestay' sahaja.

Bersama ini aku lampirkan beberapa hotel yang terkemuka untuk rujukan sekiranya kalian berhasrat untuk bercuti di Melaka. 






Monday, April 15, 2013

SAMBUTAN MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Yahooo... Esok cuti. Cuti apalah pula ni? Sebenarnya esok 15 April 2013 merupakan cuti umum bagi negeri Melaka sempena Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Sambutan ini disambut setiap tahun bermula pada 15 April 2004. Kini, sudah 10 tahun ianya disambut.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Namun...., sayangnya aku tak bercuti. Esok ada program yang perlu aku hadiri di tempat kerja. Biasalah, bekerja di sektor berkaitan pelancongan, masa cuti itulah ada saja program yang dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, arahan tetap arahan. Kalau big bos sudah arahkan, kenalah kita turutkan arahannya. Aku ni pun bukanlah jenis yang kisah sangat, memang biasa sewaktu hari cuti aku datang memantau kakitangan walaupun tanpa arahan. Lainlah kalau ada perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa juga mengingkari arahan dengan alasan-alasan tertentu.

Okeylah, bagi rakyat Melaka yang bercuti esok, selamat bercuti diucapkan. Bagi negeri-negeri lain yang tidak bercuti, selamat bertugas. Kalau terasa nak cuti juga, ambilah cuti atau MC... :) 

Monday, February 28, 2011

HARI INI MELAKA CUTI KE?

Punyalah banyak kereta yang parkir di Bandar Hilir hari ini adalah di luar jangkaan di mana kebiasaanya kalau banyak kereta hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Tetapi kenapa hari ini terlalu banyak kereta sehingga mendatangkan kesesakan lalu lintas?

Nak tahu kenapa? Sebenarnya tempat aku bekerja berdekatan dengan Balai Polis Trafik Melaka, hari inikan hari terakhir orang membayar saman trafik, jadinya ramailah yang berpusu-pusu datang ke sini untuk membayar saman. Aku yang terlupa situasi ini ingatkan hari ini ada cuti umum di Melaka atau negeri-negeri lain.

Gambar : Google

Dari luar aku perasan, orang beratur panjang untuk membayar saman. Tu lah.. Lain kali kalau dah kena saman tu, bayarlah awal-awal. Nanti menyusahkan diri sahaja. Ataupun mereka semua mengharapkan kerajaan memberikan diskaun? Entahlah... Lain kali bawalah kenderaan dengan mematuhi peraturan. Aku ni bukan tak pernah kena saman, kalau tak silaplah akhir sekali pernah aku kena saman ialah masa tingkatan 5 (13 tahun yang lalu). Bawak motor tak pakai helmet, polis trafik kejar dari belakang, ingatkan nak lari masuk kampung, tapi rasa macam tak sempat je, akhirnya aku menyerah sajalah.. :p

Aku berpesan pada semua dan diri aku sendiri, kalau sudah kena saman tu, bayarlah awal-awal supaya kita tidak susah kemudian. Satu lagi, cubalah mematuhi setiap peraturan jalan raya. kalau ikut peraturan semestinya kita tidak akan disaman.. :)




Wednesday, January 19, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA






Esok dan lusa (20 dan 21 Januari 2011) aku cuti... Tapi tak kemana-manapun. Duduk rumah saja. Takde nak plan pergi mana-mana. Saja mahu rehatkan badan dan minda di rumah. Hujung tahun lepas tak cuti pasal banyak kerja di pejabat, jadinya masa dah kerja "kurang" sedikit ni, aku ambillah cuti.

Dah cuti ni, boleh lah aku isikan masa dengan memancing. Best tu memancing. Biasanya aku memancing di malam hari. kalau cuti ni, bolehlah pergi mancing, siang, malam, pagi, petang.. Nanti kalau dapat ikan aku postkan gambar kat dalam blog ni.

Satu lagi pesanan, silalah rajin-rajin melawat blog aku ni.. Almaklumlah, rumah takde tenet. Nak bertenet kat pejabat je. Jadinya 4 hari ni mungkin tidak update blog ni. kalau aku nak update, aku pergi rumah abang akulah jawabnya.

Selamat bercuti untuk aku, dan selamat bekerja kepada semua yang bekerja :)

Thursday, December 30, 2010

ESOK (31 DISEMBER 2010) CUTI UMUM

Esok cuti umum? Kenapa, tak percaya? Cuti umum ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri kita semperna kejayaan Malaysia merangkul piala Suzuki AFF malam tadi. Berikut kenyataan pendek akhbar.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi. — Bernama