Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Thursday, June 9, 2022

Melaka Mula Rancak Tetapi Tak Berdosa

Gambar sekadar hiasan

Mana-mana ranciakkkk, berdosa! 

Sesak dan padat.. Begitulah gambaran tempat pelancongan di negeri Melaka apabila tiba musim cuti sekolah. Alhamdulillah, sektor pelancongan di negeri Melaka kembali bernafas. Para peniaga jalanan, kedai makan, restoran, peniaga kraftangan, taman tema,  pusat pelancongan, pengayuh beca, hotel bajet, hotel mewah dan lain-lain pemain indutri pelancongan tentunya mendapat laba daripada musim cuti sekolah ini.

Tidak ketinggalan tempat aku bekerja. Ramai yang berkunjung. Walaupun segelintir orang berkata bahawa muzium merupakan destinasi pilihan terakhir, namun kehadiran ramai pelawat ke rangkaian muzium-muzium di Melaka membuktikan bahawa masyarakat masih lagi memandang muzium sebagai destinasi yang wajib dikunjungi. 

Sudah tentu sahaja apabila mengunjungi muzium, pengunjung dapat membawa pulang ilmu dan pengetahuan yang berguna, tidak hanya keseronokan semata-mata. Ibu bapa perlu galakkan anak-anak untuk mengunjungi muzium agar terbuka sedikit minda mereka untuk mengetahui sejarah, warisan dan kebudayaan yang terdapat khususnya di dalam negara kita Malaysia.

Jom, kunjungilah muzium.

Wednesday, March 30, 2011

AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG LEPAS

Bekerja di muzium ni macam-macam perkara dan acara yang boleh dilakukan dan dipelajari. Ni nak cerita sikit masa cuti sekolah baru-baru ni, kitorang di muzium ni tak cuti Sabtu dan Ahad. Ada saja acara yang dijalankan. Iyalah, muziumkan... Masa time cutilah lagi ramai orang datang.

Bagi memeriahkan lagi cuti sekolah yang lepas, di Muzium Samudera Fasa I (Muzium Kapal Flor De La Mar) ada membuat Santai De' Samudera, di mana adalah pelbagai aktiviti jualan dan demonstrasi kraftangan tradisional, antaranya mencanting batik, membuat kasut manik, ukiran kayu dan gasing. Aku yang sememangnya teruja dengan benda-benda camni telah mencuba untuk membuat batik.



Petangnya pulak kitorang kena pergi Majlis Perasmian Lukisan Pelukis-Pelukis Kedah yang dibawa khas dari Kedah Darul Aman. Perasmian ini telah diadakan di Balai Seni Lukis Melaka. Aku pasal lukisan ni, kalau dia tak jemputpun aku datang jugak.. Pasal minat dengan lukisan. Nak beli tak mampu, minatpun cukuplah.. :)





Thursday, November 18, 2010

MENANGI WANG TUNAI BERJUMLAH RM 1,100.00 APABILA BERKUNJUNG KE MUZIUM MELAKA


Ingin ke Melaka? Jangan lupa melawat muzium-muzium yang terdapat di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Anda boleh menyertai kuiz dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 1,100.00.







Borang penyertaan seperti di dalam gambar boleh didapati di Muzium Istana Kesultanan Melaka, Muzium Sejarah dan Muzium Samudera. Anda cuma perlu menjawab 8 soalan yang mudah beserta slogan untuk melayakkan anda dinobat sebagai pemenang.

Kuiz ini bermula pada 22 November 2010 dan berakhir pada 26 Disember 2010.

Apa lagi. Jom Singgah Ler ke Melaka....