Showing posts with label cawan kopitiam. Show all posts
Showing posts with label cawan kopitiam. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

PASANGAN KEPADA PIRING MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Agak lama juga aku mencari pasangan kepada piring-piring Milo yang pernah aku beli satu ketika dahulu. Boleh klik di sini. Memang dulu aku beli tanpa cawannya, hanya piring saja.
 
Ada juga cari-cari kalau ada sesiapa yang menjual cawannya, tapi harganya agaklah mahal. Jadi aku 'matikan air' sahaja.
 
Kebetulan baru-baru ini teman di fan page Milo / Nescafe ada menawarkan cawan bagi pasangan piring yang aku ada, jadinya aku pun membelinya. Harganya pula tidak terlalu mahal. Aku ambil 5 buah.
 
Jadi kini lengkaplah satu set cawan kopitiam Milo yang pertama aku miliki.
 
Piring sudah bertemu pasangannya...

Bukan hanya cawan kopitiam, aku turut membeli sebuah gelas Milo ais. Tak pastilah gelas ini berapa lama usianya, tahun berapa ia dibuat. Masih belum dibuat research lagi.

Gelas Milo ais

Hari tu aku ada tertinggal untuk memyiarkan sebuah lagi botol air yang aku baru beli. Jadi di sini aku paparkanlah botol air ni. Nampak macam klasik saja. Ada gambar tarzan. Memang menarik. :)

Botol air Milo
 

Thursday, July 12, 2012

HAIYAAA... MILO PUNYA CAWAN KOPITIAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.

Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.

Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.

Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.

Cawan Milo tiga serangkai

Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya