Showing posts with label cawan kertas. Show all posts
Showing posts with label cawan kertas. Show all posts

Friday, February 22, 2013

HIMPUNAN KOLEKSI CAWAN KERTAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lama juga aku tidak mengeluarkan entri tentang hobi mengumpul cawan kertas ni. Ada yang telah bertambah, tetapi dah terlupa nak letakkan dalam blog, jadinya dah tak ingat yang mana satu yang sudah telah dikeluarkan dalam entri blog dan mana satu yang belum.
 
Sehubungan dengan itu, (perghh... ayat surat rasmi ni..) aku tayangkan sajalah kesemua koleksi cawan kertas yang aku ada ni. Tapi tak termasuk cawan kertas Milo, kerana ia termasuk dalam koleksi Milo bukannya koleksi cawan kertas... :)
 
Apa kata layan saja gambar koleksi cawan kertas aku ni...  





 
Huh.. Belum cukup banyak lagi ni.......!!!

Sunday, December 16, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD (5)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Rasanya sudah lama benar tidak terbitkan entri pasal megumpul cawan kertas. Sesiapa yang tidak pernah melihat entri berkaitan mengumpul cawan kertas saya yang lepas-lepas bolehlah klik di rangkaian di bawah :
 
 
Hari ini saya ingin memaparkan 6 buah cawan kertas yang baru saya perolehi. Sebenarnya sudah lama juga ia telah disimpan, baru ini sahaja saya berkesempatan untuk menerbitkannya dalam blog ini.
 
Dapat 6 buah je baru-baru ni

100 Plus Edge, Nestum 3 in 1 dan Nescafe baru

Omega Plus, Kopiko dan Milo Sejuk.
 
 
 

Tuesday, July 31, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD 4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terasa amat lama juga saya tidak paparkan entri mengenai mengumpul cawan kertas. Nak dikatakan sibuk, tidaklah juga. Koleksi terbaru ini sebenarnya sudah berminggu-minggu dalam simpanan, namun baru sekarang ini baru sempat nak dipaparkan.

Macam biasalah, cawan-cawan kertas ini saya dapat di pasaraya-pasaraya di sekitar Melaka. Manakala cawan kertas Mc Donalds tu saya dapat di restorannya. Begitu juga dengan cawan kertas Adabi, saya dapat semasa di tempat saya ada membuat Pesta Masakan Warisan Melaka, di situ pihak Adabi juga membuat promosi, jadi, dapatlah saya barang 3,4 biji cawan kertasnya untuk buat kenang-kenangan dan terus dijadikan koleksi.

Apa lagi, layan saya gambar koleksi cawan kertas saya yang terbaru ini.. :)

Lihat juga INI, INI dan INI untuk melihat koleksi cawan kertas yang lepas-lepas.

Ada 4 buah cawan Adabi dan 2 buah cawan Mc Donalds

Ada juga sebuah cawan Revive

Turut ada 2 buah cawan Fanta dan sebuah cawan kopi Apache 

Monday, June 18, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD (3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, sebelum berceloteh saya harap anda bacalah entri yang INI dan yang INI supaya anda tidak pelik dengan hobi mengumpul cawan kertas yang sedang saya lakukan ini.

Baru-baru ini saya pergi lagi ke pasar raya "Biru" untuk memburu cawan kertas. Alhamdulillah, perburuan berhasil dengan dapat memperolehi 8 jenis cawan kertas. Satu kepuasan juga hobi mengumpul cawan kertas ini, iyalah dapat memperoleh cawan kertas yang pelbagai jenama dan corak yang pastinya satu hari nanti akan menjadikan ia satu dari tinggalan memori yang indah.

Saya nak berterima kasih kepada blog Hobby & Collection yang membuka hati dan minat saya untuk berkecimpung dalam arena mengumpul cawan kertas.

Okey.. Tak perlu berceloteh panjang, layan saja koleksi terbaru cawan kertas yang saya perolehi ini...

Burger King, Nesvita, Tumix, Nescafe, Campbell's, Dugro, F&N, Yakult dan Alicafe

Cawan Burger King bukan dapat di pasaraya 'biru'.

Menarik tak?

Monday, June 11, 2012

CAWAN KERTAS EPISOD (2)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cawan kertas Episod (2)? Hehe, siap berepisod lagi tu. Bagi sesiapa yang terlepas episod permulaan, boleh klik pada link ini ---> Main Kumpul-Kumpul Cawan Kertas.

Sudah menjadi hobi terbaru saya dalam bidang kumpul-mengumpul ini dan saya akan pastikan untuk dapatb mengumpul sebanyak mungkin cawan-cawan kertas yang terdapat di pasaran. Bukan beli ye, tapi percuma.

Pada kali ini saya ingin menunjukan 4 jenis cawan kertas terbaru yang saya dapat iaitu cawan kertas Milo Baharu, Segala Yang Indari dari Nescafe, Sunquick dan Ais Krim Nestle.

Macam biasa, tidak mahu cerita panjang, layan sajalah koleksi cawan kertas terbaru saya ini.. :)

Milo, Nescafe, Sunquick dan Nestle

Terbaik dari ladang pasaraya

Milo (3), Nescafe (10), Sunquick dan Nestle (2)
Ps : Cawan kertas Nescafe adalah pemberian daripada isteri tercinta. Dia memahami hobi suami dia ni. Dia dapat semasa lori Nescafe bertandang ke tempat kerjanya di bangunan pejabat di Wisma Persekutuan, Melaka.

Monday, June 4, 2012

ALKISAH MILO BAHARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hendak dijadikan cerita, emak dan bapa saya mahu datang berkunjung ke rumah saya dan berhasrat untuk menetap dalam 3 ke 4 hari.

Saya dan isteri sibuklah hendak mencari bahan-bahan keperluan dapur sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan mereka. Namun satu keadaan yang tidak disangka-sangka berlaku apabila mula masuk ke pasar raya, saya ternampak maskot Milo yang mempromosikan Milo baharu.

Milo baharu. Lebih padat dengan rasa Milo
Apa lagi, bagai mengantuk disorongkan bantal, saya terus pergi untuk mendapatkan maklumat promosi yang sedang dijalankan. Jurujual itu menerangkan, saya boleh mendapat hadiah berupa barangan Milo sekiranya membeli item Milo yang dipromosikan melebihi RM15.00. Lalu dengan pantas saya membeli dua pek Milo seperti gambar di atas.

Tapi sebelum itu, saya dan isteri merasa air Milo percuma yang disajikan dan dapatlah saya cawan kertas ini.

Cawan kertas Milo baharu

Selepas membayar di kaunter, saya datang semula ke ruangan promosi Milo untuk menebus hadiah yang ditawarkan. Barangan Milo tersebut ialah :

Beg fail Milo
Ini yang menariknya beg fail Milo ini

Fail kertas / sijil

Boleh isikan dokumen bersaiz A4

Belakang pun ada gambar juga

Tidak ketinggalan bekas makanan Milo

Yang inilah buat ianya mahal :)
Tak habis setakat itu, saya telah diberi peluang untuk mendapatkan satu lagi hadiah. Untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut, saya perlu memilih sama ada untuk memadankan gambar-gambar Milo dalam masa 30 saat atau pun memasukan sekurangnya 3 gegelang ke susunan kotak-kotak air Milo. Setelah berfikir saya memilih opsyen kedua iaitu bermain gegelang.

Erm.. Agak malang kerana saya tidak berjaya. Hanya mampu memasukkan 2 gegelang ke kotak air Milo, maksudnya kurang 1 saja lagi untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut. Namun, walaupun gagal, ada hadiahnya juga. Hadiah berupa buku nota Milo. Hehe, comel sungguh.

Buku nota Milo
 Sekian, tamatlah kisah Milo baharu. Terima kasih. :)

Saturday, June 2, 2012

MAIN KUMPUL-KUMPUL CAWAN KERTAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya merupakan seorang yang mudah terpengaruh. Sekali lagi saya terpengaruh dengan koleksi cawan kertas yang terdapat seperti di blog Hobby & Collection dan saya sudah mula mengikut jejak beliau dengan mengumpul cawan kertas.

Dalam banyak-banyak koleksi yang boleh dikumpul (collectable item), saya rasakan dengan mengumpul cawan kertas sahaja yang kita tidak mengeluarkan wang kerana biasanya ianya percuma.

Dalam koleksi cawan kertas di bawah, saya hanya memerlukan 2 hari sahaja dengan memburu di pasaraya Tesco dan Mydin untuk mengumpul cawan kertas tersebut. Iyalah.. Tidak keluarkan wang pun untuk mendapatkannya, malahan dapat minum percuma lagi. Nampak saja booth promosi air, pergilah minum dan simpan cawan kertas itu.

Pelbagai saiz dan corak

Dari bekas air, yogurt dan bubur pun ada

Baru dapat kumpul 12 jenis