Showing posts with label cacat. Show all posts
Showing posts with label cacat. Show all posts

Friday, August 5, 2011

BULAN PUASA BUKAN BULAN UNTUK MENCACATKAN DIRI

Apabila tiba Ramadhan, ada yang seronok mahu mengambil peluang untuk menambahkan pahala dan amal. Ada juga yang bergembira kerana tak sabar-sabar nak menyambut hari raya. Namun ada juga segelintirnya yang mengambil risiko mencacatkan diri dengan bermain mercun, meriam buluh dan sebagainya.

Memang hebat kanak-kanak zaman kini. Bukan sahaja mahu bermain bunga api, malahan mahu dicubanya untuk membuat bom sendiri. Akhirnya apa yang terjadi? Jari putus dan hilang, telinga putus, kaki terbang, hidung sopak dan pelbagai lagi. Inilah dikatakan menyambut Ramadhan oleh generasi sekarang. Habis... baik-baik rupa paras elok, sudah jadi cacat. Ini namanya tiada kerja cari nahas.

Sekarang ni bukan setakat nak tunggu malam tujuh likor baru nak bermain bung api, kanak-kanak zaman sekarang, esok nak puasa, malam ni sudah mula bermain bom buatan sendiri. Pasal itulah berlakunya nahas mercun walaupun baru dua, tiga hari kita berpuasa. Lihat sajalah berita-berita berkenaan "kekreatifan" kanak-kanak sekarang sehingga habis badan mereka sendiri menjadi ujikaji di atas kreativiti mereka.

Ibu bapa dilihat perlu memainkan peranan yang penting. Janganlah manjakan anak beli bunga api atau mercun kalau kita sendiri tak mampu untuk mengawal mereka. Lagi satu, bukankah bunga api dan mercun tu bahan larangan, tak usahlah dibelikan untuk anak-anak. Kalau betul-betul nak belikan, belikan saja kmercun pop-pop yang sememangnya tak merbahaya.

Namun kalau betul-betul nak belikan juga bunga api dan mercun untuk anak-anak, pastikan kita menjaganya sama, agar kita tidak menyesal dikemudian hari.