Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hendak dijadikan cerita, emak dan bapa saya mahu datang berkunjung ke rumah saya dan berhasrat untuk menetap dalam 3 ke 4 hari.
Saya dan isteri sibuklah hendak mencari bahan-bahan keperluan dapur sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan mereka. Namun satu keadaan yang tidak disangka-sangka berlaku apabila mula masuk ke pasar raya, saya ternampak maskot
Milo yang mempromosikan
Milo baharu.
|
Milo baharu. Lebih padat dengan rasa Milo |
Apa lagi, bagai mengantuk disorongkan bantal, saya terus pergi untuk mendapatkan maklumat promosi yang sedang dijalankan. Jurujual itu menerangkan, saya boleh mendapat hadiah berupa barangan
Milo sekiranya membeli item
Milo yang dipromosikan melebihi RM15.00. Lalu dengan pantas saya membeli dua pek
Milo seperti gambar di atas.
Tapi sebelum itu, saya dan isteri merasa air
Milo percuma yang disajikan dan dapatlah saya
cawan kertas ini.
|
Cawan kertas Milo baharu |
Selepas membayar di kaunter, saya datang semula ke ruangan promosi
Milo untuk menebus hadiah yang ditawarkan. Barangan
Milo tersebut ialah :
|
Beg fail Milo |
|
Ini yang menariknya beg fail Milo ini |
|
Fail kertas / sijil |
|
Boleh isikan dokumen bersaiz A4 |
|
Belakang pun ada gambar juga |
|
Tidak ketinggalan bekas makanan Milo |
|
Yang inilah buat ianya mahal :) |
Tak habis setakat itu, saya telah diberi peluang untuk mendapatkan satu lagi hadiah. Untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut, saya perlu memilih sama ada untuk memadankan gambar-gambar
Milo dalam masa 30 saat atau pun memasukan sekurangnya 3 gegelang ke susunan kotak-kotak air
Milo. Setelah berfikir saya memilih opsyen kedua iaitu bermain gegelang.
Erm.. Agak malang kerana saya tidak berjaya. Hanya mampu memasukkan 2 gegelang ke kotak air
Milo, maksudnya kurang 1 saja lagi untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut. Namun, walaupun gagal, ada hadiahnya juga. Hadiah berupa buku nota
Milo. Hehe, comel sungguh.
|
Buku nota Milo |
Sekian, tamatlah kisah
Milo baharu. Terima kasih. :)