Showing posts with label bukit peringgit. Show all posts
Showing posts with label bukit peringgit. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

JOM KE GALERI KETUA MENTERI MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kewujudan Galeri Ketua Menteri Melaka mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Mungkin kedudukannya agak berjauhan dengan muzium-muzium dan galeri-galeri di Bandar Hilir, Melaka, oleh itu ia kelihatan sedikit sunyi dari pelawat.

Tapi percayalah, terdapat banyak maklumat-maklumat berguna yang terdapat di galeri ini sesuai untuk rujukan pada pelajar dan pengkaji tentang sistem, sejarah, peranan dan banyak lagi berkenaan ketua-ketua Menteri Melaka bermula dari Ketua Menteri yang pertama hingga kini.

Terletak di Bukit Peringgit, Melaka memberikan pemandangan yang amat menarik serta udara yang segar dan dingin. Di lokasi ini juga bukan sahaja terdapat Galeri Ketua Menteri Melaka malahan terdapat juga galeri-galeri lain yang berdekatan seperti Galeri Melaka, Galeri Casa Cuba dan Galeri Macau. Jadinya, sekiranya hadir ke Bukit Peringgit ini, banyak juga tempat yang boleh dilawati.

Pokok menyerupai kalimah Allah ini boleh didapati di sekitar galeri ini


Untuk masuk melawat ke Galeri Ketua Menteri Melaka ini, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 sahaja. Manakala kepada kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, RM1.00 dikenakan.

Berikut beberapa gambar di dalam Galeri Ketua Menteri Melaka ini...

Pantun wajib negeri Melaka..

Ruang hadapan sebelum melngkah masuk ke dalam galeri

Ruang kerja Ketua Menteri

Koleksi cenderamata

Koleksi pakaian - pakaian Ketua Menteri

Bilik Ilham

Tangga yang menarik.. :)

Bilik tidur

Saturday, January 26, 2013

SUBHANALLAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Subhanallah... Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku semasa melihat dua batang pokok yang apabila diamat-amati menyerupai kalimah ALLAH.
 
 
Kebiasaannya aku dapat melihat gambar-gambar sebegini banyak terdapat secara dalam talian iaitu di Internet. Namun pagi tadi, aku dapat menyaksikan sendiri pokok ini secara terus-terusan dari depan mata.
 
Tapi kenapa sebelum ini aku tidak perasan kewujudan pokok itu? Sedangkan tempat tersebut bukanlah asing bagi aku kerana terdapat banyak juga program yang diadakan di situ. Sebenarnya pokok-pokok tu telah lama wujud, tapi aku sendiri tidak perasan adanya kalimah ALLAH terbentuk dari pokok tersebut.
 
Kalau sesiapa nak tahu, pokok ini tertanam di belakang Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka. Kalau nak tengok pokok ni, datanglah ke sana. :)
 
:: Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus serta benar... Sesungguhnya aku insan biasa yang lalai dan alpa serta tidak lari dari melakukan kemaksiatan zahir dan batin ::