Showing posts with label budak dilanggar. Show all posts
Showing posts with label budak dilanggar. Show all posts

Monday, October 17, 2011

VIDEO TRAGIK BUDAK DILANGGAR DI FOSHAN (GUANGDONG)





Aduhai... Mengucap panjang aku beberapa kali apabila TV3 menayangkan video budak dilanggar di Foshan, Guangdong. Lebih menyakitkan hati, budak itu langsung tidak dihiraukan oleh beberapa orang yang berlalu lalang di situ, malahan ada sebuah lagi kenderaan dengan slumber melanggar budak tersebut sekali lagi.

Apa sudah jadi dengan dunia sekarang. Masing-masing mahu membuat dan pentingkan diri sendiri dari harga nyawa seorang budak yang masih kecil. Inilah jadinya apabila manusia hanya mengejar hal dunia.

Nasibnya agak baik kerana seorang wanita pengutip sampah ternampak lalu menyelamatkan budak tersebut. Lihat! Ini lagi satu pengajaran, orang yang dikatakan kerja hina itulah yang suka membantu berbanding dengan orang yang hebat berkejaya.

Kini dikhabarkan budak ini sedang kritikal di hospital. Moga dia dapat diselamatkan.