Showing posts with label british. Show all posts
Showing posts with label british. Show all posts

Monday, March 5, 2012

ADA APA DENGAN MELAKA???





1400 - 1511
Kerajaan Melaka

1511 - 1641
Penaklukan Portugis

1641 - 1824
Penjajahan Belanda


1824 - 1957
Zaman Kolonial British



1942 - 1945
Pendudukan Jepun

Kadang-kadang semasa memerhatikan monumen-monumen tinggalan penjajah di sekitar Bandar Hilir, Melaka, terbayang-bayang situasi lokasi berkenaan pada zaman lampau di mana ia merupakan kawasan utama yang direbut-rebutkan oleh kuasa-kuasa barat ini. Di sinilah tempat mereka berdagang, berperang dan mentadbir negeri.

Sekarang, monumen-monumen ini menjadi daya tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negeri Melaka. Tidak hairanlah pada suatu masa dahulu, kerajaan negeri menggunakan slogan "Kegemilangan Melaka Berulang Kembali"

Saturday, April 30, 2011

UPDATE FROM LOCATION MELAKA INTERNATIONAL CLASSIC BIKE FESTIVAL 2011 (30 APRIL 2011)

Gerai jualan barangan antik

Barangan Chopper turut dijual

Bebetul klasik ni...

Deretan motorsikal Marshall

Dari Johor pun datang jugak..

BSA, Norton... dan banyak lagi motorsikal klasik British

Memang rabaklah...

Tak ketinggalan dari Singapura...

Siap bawak senapang lagi tu...

Cun giler...

Lebih dari 300 buah motorsikal klasik dipamerkan

Erm.. sempat jugak berposing...

Menarik tak.. Bagi sesiapa yang terasa nak melihat motorsikal klassik ni, apalagi, jemputlah datang ke Bandar Hilir, Melaka, esok masih ada lagi... :)





Thursday, April 28, 2011

PERKAHWINAN DIRAJA : PUTERA WILLIAM DAN KATE

29 April 2011 dunia bakal menyaksikan satu perkahwinan DiRaja Britain iaitu Putera William dan pasangannya Kate. Britain merupakan salah satu dari negara Barat yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan namun dalam banyak-banyak negara Barat, keturunan raja di Britain adalah lebih diberi tumpuan. Tak tahulah apa yang istimewanya.

Puteri Diana. Mungkin ada yang tidak tahu, William merupakan anak pertama kepada pasangan DiRaja ini. Namun apa boleh buat, bondanya pergi dahulu kerana terlibat dalam satu kemalangan maut yang mengerikan. Kemalangan ini pernah menjadi kontroversi di mana ada pihak yang menyatakan bahawa ia adalah satu perbuatan yang di rancang. Ermm.. Tak tahulah.

Dalam pembacaan aku di dalam beberapa artikal baru-baru ini, ada pulak satu pihak yang membuat tilikan yang menyatakan bahawa tarikh perkahwinan pasangan DiRaja antara Putera William dan Kate Middleton ini tidak sesuai dan bakal menimpa malapetaka. Hai.. Macam-macamlah tukang tilik ni.

Kat sini aku letakkan beberapa gambar Putera William dan Kate Middleton untuk tatapan para pengunjung. Erm.. Boleh tahan juga bakal isteri dia ni. Macam bondanya si William jugak. :)