Showing posts with label boikot. Show all posts
Showing posts with label boikot. Show all posts

Sunday, March 17, 2024

Boikot KK Mart

Boikot KK Mart!!! 


"Jika diam saat agamamu dihina, 
gantilah bajumu dengan kain kafan."
- Hamka

Begitu mudah zaman sekarang, lakukan kesalahan dan minta maaf. Andai kesalahan yang kecil boleh ditolak ansur lagi, ini tidak, memain dan mempersendakan agama Islam. Satu kesalahan yang amat-amat serius.

Sampai hati mereka menjual stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT. Ya, sebenarnya mereka memang sampai hati untuk memperlekehkan Allah SWT dan Islam. Dan mereka akan terus menerus melakukan sebegini. 

Imam Ibn Battal berkata :

“Berurusan dengan orang kafir dibolehkan, kecuali menjual apa yang boleh membantu mereka untuk memerangi orang Islam."

Justeru, tidak salah untuk kita berjual beli dengan orang bukan Islam, tetapi apabila sudah terang-terangan mereka mempersendakan Islam, wajar kita sebagai umat Islam memboikot mereka.

Jom beramai-ramai kita boikot KK Mart. Biar mereka tahu akan kuasa pembeli. Boikot dan istiqomah. 

Monday, July 13, 2015

PENDEKAR PERANG

Apa bicaramu pendekar gemilang,
kau nak pergi perang,
insan lain mula tak tenang, 
usah ditunjuk diri kau garang,
orang lainpun punyai belang,
mak, abah, anak, bini ditinggal kontang,
datang musuh nanti diparang,
saudara, jiran turut ditendang,
orang tak salah juga ditentang,
jangan kau hati girang,
belasah 1 dengan 100 orang,
orang lain hati tak senang,
warga lain takut diserang.
simpan kukumu wahai si helang,
fasal ini boleh disembang.

F. B. Mamat
13 Julai 2015
Bandar Hilir, Melaka


Thursday, July 10, 2014

APABILA LAGU BOIKOT BERKUMANDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Subhanallah.. Allahuakbar... Gaza diserang lagi!! Banyak nyawa yang tidak berdosa tumbang walaupun tidak bersenjata. Orang awam, kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman rejim Yahudi. 



Kita di Malaysia hanya mampu mendengar berita keperitan mereka disamping memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu mereka. Di laman-laman sosial pula masing-masing menukar gambar profil kepada gambar Gaza / Palestin sebagai tanda sokongan bagi mereka.

Tidak ketinggalan juga suara-suara yang menyuruh para pengguna memboikot produk-produk keluaran Israel. Namun sejauh manakah usaha memboikot ini berjaya? Adakah kita sekadar memboikot namun setelah keadaan kembali reda, kita tidak memboikot lagi?

Memboikot seharusnya dibuat lebih sistematik. Kejayaan memboikot seharusnya dapat diukur. Bukan sekadar kita memboikot tetapi tiada apa-apa kejayaan yang dapat dicapai. 

Dalam pasaran Malaysia sendiri terdapat banyak barangan keluaran Amerika yang ditunjangi Israel. Adakah kita mampu untuk memboikot kesemua produk ini sedangkan ia telah digunakan oleh segenap isi rumah sejak berdekad yang lalu.

Kita seakan tidak mampu untuk memboikot kesemua produk Israel dalam masa terdekat. Untuk jangka masa pendek, apa kata kita boikot satu sahaja produk. Kita fokus pada satu produk dahulu. Sekiranya produk tersebut 'bungkus' dalam pasaran kita, bermakna usaha memboikot telah berjaya. Sekiranya tidak, jangan mimpilah untuk memboikot kesemua produk Israel.

Setelah berjaya 'membungkuskan' satu produk Israel, kita teruskan dengan produk yang lain. Buat satu persatu. Sekiranya berjaya, itulah kayu pengukurnya kejayaan usaha memboikot. 

Insya-Allah, sekiranya setiap rakyat di Malaysia berbuat begini, pastinya kejayaan menyebelahi kita.


Monday, September 12, 2011

BIL ASTRO NAIK KE, PREPAID NAIK KE, SAMA JE...

Baru-baru ini dan masih panas lagi berlaku satu isu kenaikkan harga prepaid. Tak kiralah baik Maxis, Celcom ke mahupun Digi dan lain-lain operator telefon bimbit. Persoalannya ia begitu mudah dinaikkan tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.

Begitu juga semasa Astro menaikkan harga, kerajaan cakap itu ini. Nak bentangkan di Parlimenlah, tak bagi naiklah, tapi macam itu juga. Bil tetap naik. Pengguna terus rasa tertekan. So sekarang ni sebenarnya SIAPA YANG LEBIH BERKUASA? Pihak kerajaan ataupun swasta? Kalau kerajaan tak boleh buat tindakan, sedihlah macam ni. Kita nak harapkan dia, dia tak boleh buat apa-apa.

Commonlah... Astro dan operator telefon bimbit ni dah banyak untungnya. Dah berlipat ganda untung. Tolonglah serapkan sedikit kos yang tak berapa tu sebagai tanggungjawab sosial pada rakyat. Ni tak, selagi boleh akan menekan rakyat dengan kenaikkan itu ini. Yang kaya teruslah kaya.

Kita yang pengguna ni pun boleh ambil tindakan. Kita pengguna, kuasa juga ada pada kita. Apa kata cuba tidak guna astro, kembali kepada normal macam dulu-dulu, guna arial biasa je. Dulu boleh takkan sekarang tak boleh. Kalau dulu tiada telefon bimbit, hanya guna telefon rumah saja, apa kata guna semula telefon rumah. Orang pun tak kacau siang malam pagi petang di telefon bimbit kita.

Namun begitu, terpulang juga pada masing-masing sama ada boleh berbuat demikian ataupun tidak. Kalau yang tak boleh hidup tanpa telefon bimbit dan astro teruskanlah dengan hidup begitu.

(Ps : Astro aku dah tukar pada basic je... Kalau semua tukar pada basic je, boleh rugi Astro. Silap-silap gulung tikar. Sekarang dah kurang top up pasal rumah aku pun dah masuk telefon rumah. Telefon rumah ke rumah tak kira jauh manapun RM 10.00 sebulan :)




Wednesday, June 29, 2011

IMBANGI MONOPOLI ASTRO

Apabila harga sesuatu barangan naik, pastinya ramai yang tidak suka. Begitu juga dengan Astro, baru-baru ini pihak pengurusan Astro telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga beberapa pakej Astro akan dinaikkan pada bulan Julai 2011 ini.

Isu ini dilihat mendapat tentangan dari orang ramai dari debatnya di Parlimen dan lebih hebat lagi pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai memboikot Astro dengan tidak membayar bil Astro selama 3 bulan. Namun begitu adakah tindakan-tindakan ini mampu membuka mata pihak pengurusan Astro untuk menurunkan harga?

Langkah yang terbaik ialah dengan mengimbangi monopoli Astro ini. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan memungkinkan wujudnya stesyen-stesyen berbayar yang lain bagi menyaingi Astro. Sekiranya ada stesyen-stesyen lain yang menyaingi antara satu sama lain, maka pastinya sesuatu stesyen akan amat berhati-hati dalam menaikkan harga pakej demi menjaga para pelanggannya agar tidak beralih kepada stesyen yang lain.






Selain itu, pihak Kerajaan juga mampu mengambil langkah perlu dengan menaiktaraf sistem frekuensi dan penyiaran agar pengguna dapat paparan yang jelas di kaca televisyen walaupun tanpa menggunakan stesyen berbayar. Selain itu pihak Kerajaan juga hendaklah menambah saluran dan rancangan agar ia mempunyai kepelbagaian selari dengan kemahuan dan kehendak pengguna yang juga pelbagai.

Langkah memecah monopoli ini dilihat adalah penting kerana ia sememangnya mampu mengubah keadaan. Jika ditinjau seketika sejarah dahulu di mana Telekom Malaysia merupakan satu-satunya badan yang mengendalikan sistem komunikasi di Malaysia. Namun setelah kebangkitan teknologi telefon bimbit yang mempunyai pelbagai operator seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya ia dilihat telah menurun dan merudumkan populariti Telekom Malaysia (kini dikenali sebagai TM). Malah kini pihak TM membuat promosi dengan hanya menggenakan bayaran serendah RM 10.00 sebulan bagi pengguna rumah untuk memastikan telefon digunakan di setiap rumah.

Sini dilihat dasar memecah monopoli ini sememangnya berkesan dan mampu mengubah keadaan. Diharapkan ada pihak yang membuka mata akan peluang-peluang yang sedia ada bagi memastikan monopoli Astro ini dapat dipecahkan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang sememangnya mempunyai kuasa memilih.

BALANCE MONOPOLY OF ASTRO

When the price of a good ride, certainly many people do not like. Similarly, the Astro, the recent management Astro has issued a statement that the price of some Astro package will be increased in July 2011.

This issue has seen opposition from the people of debated in Parliament, and best of all the Muslim Consumers Association Malaysia (PPIM) has issued a statement asking the people to boycott Astro with unpaid bills for 3 months.

The best step is to offset this Astro monopoly. How? How is the possible existence of stations to compete with other pay-Astro If there are other stations that compete with each other, then it would be a station will be very careful in raising the price of the package in order to protect its customers not to switch to other stations.

In addition, the Government can also take the necessary steps to upgrade the system and broadcast frequencies so that users can view clear on TV even without the use of pay stations. In addition the Government should also add the channel and that it has a diversity plan in line with the needs and demands of consumers who are also diverse.

The move was seen to break the monopoly is important because it is able to change things. If the first review briefly the history in which Telekom Malaysia is the only body that handles the communication system in Malaysia. But after the rise of mobile technology with various operators such as Maxis, Celcom, Digi and so it is seen to have declined and the popularity of Telekom Malaysia (now known as TM). Even now, the TM create a campaign with just moving a payment as low as RM 10.00 per month for home users to make sure the phone is used in every home.

Seen here is break the monopoly of policy is effective and able to change things. Hopefully there are those who open their eyes to the opportunities available to ensure that the monopoly could be broken then can be used by people who already have the power to choose.