Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Bukanlah niat untuk menggalakan orang melakukan kejahilan, cuma sekadar mengingatkan bahawa sesuatu kesalahan / kebodohan / kejahilan itu mungkin akan berlaku pada diri kita. bagaimana kita atasinya haruslah ditangani dengan betul. Apa yang penting di sini adalah, jangan diulangai kesalahan / kebodohan / kejahilan yang sama pada masa-masa akan datang. sekiranya ia berterusan, ia mengambarkan diri kita benar-benar jahil. Bagi mengelakkan diri terus menjadi jahil, carilah guru, belajar, tuntut ilmu agar diri tidak lagi menjadi jahil.
Lama tidak pekena mee goreng dan teh tarik pada waktu petang di warung. Dalam sedap-sedap menjamah keenakan mee goreng dan kenikmatan teh tarik, terdengar pula ahli-ahli politik warung yang bersembang mengenai isu pemansuhan PTPTN.
Perkataan yang terngiang-ngiang di telinga yang telah dituturkan oleh seorang pak tua....
"MASING-MASING .......... DAH BERBULU, BELAJAR SAMPAI KE UNIVERSITI, BODOHNYA TAK HILANG LAGI.... "
Ramai orang suka jadi pandai dari bodoh. Tapi adakah hanya menjadi pandai seseorang itu akan dikenali, dikasihi atau dihormati? Ataupun menjadi bodoh itu seseorang akan tidak dikenali, dibenci atau dihina?
Pandai dari aspek pelajaran, pengurusan, teknikal dan lain-lain perkara yang baik sememangnya harus diberi perhatian. Namun ada juga kepandaian yang tidak diperlukan. Antara kepandaian yang tidak seharusnya ada pada diri seseorang ialah : -
1. Pandai berbohong / menipu
2. Pandai mencuri / merompak / menyamun
3. Pandai mengata / menfitnah / mengumpat
4. Pandai membunuh
5. Pandai merogol / memperkosa / meliwat
6. Pandai merasuah / mengambil rasuah
7. Pandai yang lain-lain yang tidak sepatutnya.
Alangkah aman dan sentosanya dunia kalau seseorang : -
1. Bodoh berbohong / menipu
2. Bodoh mencuri / merompak / menyamun
3. Bodoh mengata / menfitnah / mengumpat
4. Bodoh membunuh
5. Bodol merogol / memperkosa / meliwat
6. Bodoh mengambil rasuah / menerima rasuah
7. Bodoh yang lain-lain yang sepatutnya.
Tetapi dalam konteks keselamatan seperti diamalkan oleh pihak polis atau tentera, kepandaian kepada perkara-perkara yang bodoh adalah diperlukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Ada kalanya kepandaian dalam perkara yang bodoh ini sangat diperlukan dalam dunia penyiasatan, propaganda dan sebagainya.
Persoalannya sekarang adakah kita hendak menjadi pandai, bodoh, memandai-mandai, atau kebodoh-bodohan?