Showing posts with label bisnes online. Show all posts
Showing posts with label bisnes online. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

BLOG BARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sudah lama rasanya tak mengemaskini blog. Memang sekarang agak sibuk dengan tugasan harian di pejabat. Maaf kepada rakan-rakan bloggers yang biasa bertandang ke blog aku ni, tak dapat aku nak blogwalking dalam beberapa minggu ni.

Namun dalam kesibukan, sempat juga aku siapkan sebuah lagi blog untuk tujuan promosi dan pemasaran business yang baru aku ceburi. 

Memang amat menarik sekali business ini. Jom.. Jemput bertandang ke blog baru aku. >> KLIK <<

Wednesday, October 30, 2013

BUTIK CHENTA CREATIVE HIJAB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hampir satu tahun orang rumah aku meniaga tudung secara online mahupun offline melalui booth di expo-expo mahupun pasaraya seperti Tesco dan MITC, Insha Allah, kini Chenta Creative HIJAB bakal mempunyai butiknya sendiri.



Permohonan orang rumah aku untuk menyewa sebuah kedai telah diluluskan melalui perbualan telefon, cuma kini hanya menunggu pengesahan melalui surat.

Ini merupakan kali pertama aku dan orang rumah membuka butik dan pastinya kami akan sedaya upaya menjalankannya secara serius untuk menggelakkan kegagalan. 

Harapan kami butik yang bakal dibuka ini dapat sambutan ramai. Kami juga mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan bloggers. Sekian terima kasih.

JOM LIKE 
>> CHENTA CREATIVE HIJAB <<

:: Tak perlu diragui keluaran produk kami ::

Monday, August 5, 2013

KENAPA PERLU PM HARGA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku lihat perkembangan orang meniaga di dalam Facebook sekarang ni memang amat menggalakkan. Macam-macam produk dijual dari harga yang murah hinggalah dengan harga yang mahal-mahal.

Rujukan gambar KLIK


Aku pernah terbaca satu post di Facebook dari seorang teman yang tidak gemar peniaga di Facebook tidak meletakkan harga sesuatu barangan sebaliknya hanya meminta sesiapa yang berminat Private Message (PM) untuk mengetahui harganya.

Pelikkan? Mengapa perlu PM baru diberitahu harganya? Kalau betul barangan tu harganya tetap, mengapa perlu di PM-PM lagi?

Ok, kita buat satu perbandingan dengan perniagaan secara tradisional. Setiap barangan di kedai mempunyai tanda harganya sendiri. Kita hanya perlu ke kaunter dan membayarnya sahaja. Namun, kalaulah tanda harga tidak diletakkan, bukankah satu situasi yang tidak menyenangkan di mana tiap-tiap kali pelanggan nak membeli kena tanya harga. "tokey ni berapa harganya tokey?", "tokey ni berape?", "Berapa ni tokey?" Eh. Tak penat dan bosan ke?

Situasi PM harga ni, kalau diaplikasikan dalam perniagaan tradisional, memang hancurlah perniagaan seseorang. Ye lah, meniaga tak nak beritahu harga, kena PM dulu. Kalau dalam realitinya seperti bermaksud, apabila seseorang hendak membeli barangan, tauke kedai perlu bawa pelanggan ke dalam setor dan membisik ke telinga pelanggan harganya. Ye lah, nak private sangat kan??

Bukankah bagus kalau nak jual barang di Facebook tu terus sahaja letakkan harganya. Kalau boleh siap sekali dengan harga kos pengeposan. Kalau ada orang berminat nak beli, terus dia akan beli. 

Tuesday, September 18, 2012

MUDAHNYA BERNIAGA SECARA DALAM TALIAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Zaman sekarang ramai orang suka meniaga. Meniaga sama ada secara konvensional mahupun secara dalam talian. Di dalam Muka Buku Facebook misalnya, pastinya kita dapat melihat kenalan-kenalan kita berniaga dalam talian seperti menjual tudung, pakaian wanita dan pakaian lelaki, jersi bola sepak dan sebagainya.
 
Bagi saya, tidak mengapalah rakan-rakan kita di Muka Buku Facebook itu hendak menjual apapun, sepertimana kita sering mengatakan ingin melihat Melayu maju, maka kita pun kenalah sokong rakan-rakan kita berniaga kecil-kecilan. Walaupun kita tidak membeli, sekurang-kurangnya apa yang mereka iklankan turut terpapar pada Dinding Muka Buku Facebook kita. Secara tidak langsung, kita turut mempromosikan apa yang rakan-rakan kita jual.
 
Melalui pengalaman dan pengamatan saya secara peribadi, saya lihat berniaga di dalam talian ini juga membolehkan sesuatu barang terjual dengan cepat. Pada suatu masa dahulu, saya ada meletakan satu barang terpakai berupa bluetooth headset dan headphone. Saya iklanlah di Mudah.my. Apa yang menariknya, tidak sampai satu hari, sudah ada orang yang membeli barang yang saya jual.
 
Ada satu lagi pengalaman, ada satu ketika dahulu saya ada menjual sebuah tin Milo lama keluaran 1960-an yang saya iklankan juga di Mudah.my. Sama juga, saya menyiarkan di Mudah.my pada sebelah siangnya kemudian disebelah malam sudah ada yang membelinya. Nampak begitu mudahkan berurusniaga di dalam talian?
 
Dan baru ini sahaja, seorang kenalan Muka Buku Facebook ada mengiklankan 6 buah Van Mini Milo dengan harga RM 300 ++. Saya lihat tidak sampai 1 jam ia sudah terjual. Lumayan bukan? Tidak sampai sejam mengiklankan sesuatu barang, ia sudah terjual.
 
Saya bukanlah seorang peniaga secara talian yang tegar. Sekiranya ada barang sahaja saya akan mengiklankan di Muka Buku Facebook atau di Mudah.my. Bagi mereka yang sememangnya berniaga di dalam talian, teruskanlah usaha anda, jangan putus asa. Bagi rakan-rakan lain, berilah sokongan pada rakan anda yang meniaga di dalam talian. Janganlah pula kita sekat mereka di dalam Muka Buku Facebook, kerana iklannya memenuhi Dinding Muka Buku Facebook  kita. Kata sokong Melayu meniaga tetapi rakan baik kita meniaga dalam talianpun kita sudah irihati. Macam manalah Melayu mahu maju... 
 
Apa-apapun, bagi yang bekerja, sekiranya sudah meniaga secara dalam talian, jadikanlah ianya sebagai pendapatan sampingan. Janganlah sampai kerja sampingan ini menjadikan kita terlupa yang kita mempunyai kerja yang hakiki. Jangan sampai ia menganggu masa bekerja kita.

Saturday, January 29, 2011

BAJU DARI HEARTBEAT.MY DAH TIBA

Inilah rupanya baju yang aku tempah secara online di heartbeat.my

Sebagai tanda sayang aku kepada anak ku, Muhammad Fahim

Aku dengan my lovely son... Muhammad Fahim

Nak beli baju di heartbeat.my? klik banner di bawah ini.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v








Thursday, January 27, 2011

CUBA-CUBA MENIAGA BAJU


Salam 1 Malaysia semua... Hehe.. Siapa nak beli baju? Aku dah nak jual baju online ni.. Ni baru simple design pertama aku.. Harganya murah RM 35.00 sahaja.. Aiseyman.. Kata blogger, belilah satu.. Barulah blogger namanya..

Ini design lelaki, perempuan punya pun ada juga.. Design sama cuba cutting perempuan punya la.. Kalau nak beli, kontek2 la aku.. Lepas ni aku nak cuba print banyak-banyak design dan letakkan baju aku di kedai abang ipar aku pulak.. Dia pun jual baju jugak.. :)

Suka hendak diberitahu, sekiranya ada tempahan, t-shirt ini akan dicetak. Tolong beri semangat dan sokongan erkk.. TQ.