Nampak tak bintang? Jangan sampai juling mata. hehe |
Ada sesiapa nampak bintang-bintang yang berkelipan pada gambar di atas? Kalau ada yang rabun, pasti tidak akan nampak. Inilah kali pertama saya cuba mengambil gambar bintang di langit pada waktu malam yang gelap. Sekiranya ada cahaya galaksi berwarna kebiru-biruan lagi cantik rasanya. Saya guna kamera telefon bimbit sahaja. Kurang jelaslah jawabnya.
Sebenarnya masih belajar lagi cara nak ambil gambar bintang-bintang di langit. Tapi memang boleh ambil gambar bintang-bintang dengan telefon bimbit. Saya lihat di dalam kumpulan Facebook yang berkisar fotografi, ramai yang mengambil gambar bintang-bintang dengan cantik hanya menggunakan telefon bimbit. Gambar bulan pun ada yang merakam dengan telefon bimbit, cantik pula tu. Saya puas cuba beberapa kali nak ambil gambar bulan, tapi hasilnya kurang memuaskan.
Saya belajar pun hanya berpandukan pada sifu-sifu di Facebook dan YouTube. Bukan belajar sangat pun, belajar yang asas-asas saja. Belajar kerana minat dan bukan untuk jadi profesional. Cukup sekadar untuk melihat gambar yang diambil, cantik dari pandangan mata sendiri tu dah cukup baik. Saya juga minat melihat gambar-gambar yang cantik.