Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Aku teringat ada seorang artis (pelukis) menyatakan, lukisan bukanlah sesuatu yang terlalu menekankan produk akhir yang dihasilkan namun ianya menitikberatkan seni semasa menyiapkan sesuatu hasil seni.
Pada pengalaman aku, pernah sekali melihat seorang omputeh dari Belanda yang melukis abstrak dengan menggunakan tangan dan hanya memakai seluar dalam semasa menghasilkan karya seni tersebut. Selain itu, ada juga pelukis yang lagak gayanya seperti hendak bersilat, dan berbagai-bagai lagi.
Produk akhir biasanya agak subjektif dari pandangan mata manusia. Ada yang menyatakan sesuatu hasil seni itu cantik dan menarik, ada pula sebaliknya. Justeru, kecantikan merupakan dari mata siapa yang memandangnya seperti bak kata omputeh, beautiful is in the eye of beholder.
Bagi artis yang sememangnya mencari rezeki dengan menjual karya seni, menjual lukisan adalah matlamat utamanya. Tetapi bagi diri aku sendiri, apabila lukisan-lukisan aku terpamer di dinding rumah, ia merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Sekiranya ada terjual, ia merupakan satu bonus. Alhamdulillah, bagi diri aku yang baru nak belajar ni, sudah 2 buah lukisan aku terjual.
Baru-baru ni, aku hasilkan lagi sebuah lukisan abstrak bersaiz kecil seperti di bawah :
Baru-baru ni, aku hasilkan lagi sebuah lukisan abstrak bersaiz kecil seperti di bawah :
Tajuk : Untitle
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik
Mungkin ada yang melihat lukisan ini akan mengatakan "uuiiiiii.... cantiknya..." atau ada juga yang mengatakan ianya adalah sebuah hasil seni "sampah". Jadi terpulanglah pada mata masing-masing yang melihat dan menilainya.
:: Lihat juga >> KLIK <<