Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

TAHNIAH DATO' MOHD AZIZULHASNI AWANG



Pagi ini sepatutnya hendak berbasikal mengelilingi kawasan sekitar namun teringat akan perlawanan berbasikal Olimpik Tokyo yang melibatkan dua orang pemain negara iaitu Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom. Lalu, terus tak jadi untuk berbasikal, lagipun cuaca di luar kelihatan gelap seperti mahu hujan. Di kala entri ini dibuat, hujan pun telah turun dengan lebatnya.

Perlawanan bermula seawal jam 9.30 pagi waktu Malaysia di mana Dato' Mohd Azizulhasni Awang layak ke separuh akhir manakala Shah Firdaus Sahrom terkandas di suku akhir. Dalam jam 10.00 pagi Dato' Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menang bergaya dalam pusingan separuh akhir sekaligus layak ke peringkat akhir acara keirin (L) berbasikal trek. 

Terasa bergetar tangan melihat perlawanan akhir di telefon bimbit sambil mulut kumat kamit melafazkan doa bagi kejayaan atlit negara. Dada berombak-ombak, berdebar, dan di dalam hati sudah yakin ada kilauan pingat tetapi tidak tahu apa yang bakal dimenangi.

Akhirnya, Dato' Mohd Azizulhasni Awang memenangi pertandingan akhir tersebut,  bukan emas tetapi perak. Alhamdulillah., Tak mengapa, warga Malaysia nampak usahanya. Pingat perak pun sudah cukup untuk dibanggakan. 

Tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak untuk negara di bulan kemerdekaan ini. Semoga lebih maju jaya pada masa-masa akan datang.

Tahniah!!!

Wednesday, January 26, 2011

SAKSIKAN LE TOUR DE LANGKAWI DI TEMPAT ANDA

Ehsan : Laman web Le Tour De Langkawi 2011

Dah lalu ke para pelumba basikal ini ke tempat korang semua? Kalau nak tahu mereka berlalu atau tidak di tempat korang, bolehlah rujuk peta laluan yang aku sertakan di atas. Aku? Insyaallah pada 31 Januari ni, mereka akan mula dari Melaka ke Nilai, Negeri Sembilan. Aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis pelepasan peserta nanti..





Aku pun tak tahu nak cakap ape. Kalau pasal sukan saje mesti bos aku suruh aku incharge atau wakilkan dia.. Nak kata aku ni pro bersukan takdelah.. Bersukan untuk suka-suka saja.. Errmm.. Takpelah, kalau dia dah percaya aku camtu, aku buatlah sajalah man yang termampu.. :)