Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.
Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.
Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.
Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.
Permainan Baling Tin