Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kita sebagai ibu bapa, sekiranya memanggil anak kita tetapi dia tidak menyahut walaupun dia hanya duduk di depan mata kita, apa perasaan kita? Marah? Sakit hati? Rasa nak lempang anak? Itu baru sekali kita panggil, kalau 2,3, kali kita panggil tapi dia buat 'keras' je, tak ke lagi mendatangkan marah!
Bagaimana pula sekiranya kita terdengar panggilan azan? Panggilan dari ALLAH SWT supaya kita menunaikan solat. Adakah kita akan segera pergi menunaikan solat atau masih mendiamkan diri, bahkan sehingga selesai azan kita tidak bergerak-gerak lagi untuk menunaikan solat.
Agak-agaknya apakah pandangan ALLAH SWT terhadap kita?
Persoalan ini ditinggalkan untuk kita sama-sama muhasabah diri masing-masing. Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.., yang lalai dan alpa.