Wednesday, March 27, 2024
Salam Nuzul Quran 1445 Hijrah
Friday, January 20, 2023
Friday, January 6, 2023
Friday, December 23, 2022
Friday, December 16, 2022
Friday, December 9, 2022
Friday, December 2, 2022
Thursday, April 14, 2022
Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan
Saturday, August 14, 2021
MENIKMATI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Thursday, April 29, 2021
SALAM NUZUL AL-QURAN 1442 HIJRAH
Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira’.
Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.
Perkataan "Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Nuzul al-Quran buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Semoga kita semua tergolong dalam insan-insan yang membaca dan memahami isi kandungan al-Quran.
Sunday, April 18, 2021
MATI SAMBIL MEMEGANG TELEFON BIMBIT
Tajuk yang saya pilih ini tidak mustahil berlaku pada insan-insan yang berada di muka bumi ini. Dan perkara ini memang telah pun berlaku tak kira di dalam negara kita mahupun di luar negara.
Ini berlaku kerana kebergantungan kita terhadap telefon bimbit adalah tinggi. Boleh dikatakan hampir setiap hari, pastinya kita akan membelek-belek telefon bimbit untuk membaca whatsapp, melihat Facebook, blog dan Instagram dan lain-lain lagi.
Bukannya seminit dua, kita boleh terus membelek-belek telefon bimbit hingga berjam-jam lamanya. Masa yang begitu berharga dihabiskan begitu sahaja tanpa membuat perkara yang lebih berfaedah.
Alangkah baiknya bagi kita yang beragama Islam ini dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan al-Mubarak ini. Bukan sahaja dapat pahala, malah pahala yang berlipat kali ganda. Itulah janji Allah SWT, mana mungkin Dia dustakan.
Tidak dapat membaca satu juzuk, dua tiga helai sehari pun boleh. Andai tidak mampu juga, sehelai sehari pun sudah cukup baik. Apa yang penting, kita tidak melupakan Al-Quran yang merupakan kalam Allah SWT yang suci.
Bukan niat untuk mengajar, cuba sekadar mengingatkan kepada rakan-rakan muslim agar tidak melupakan Al-Quran. Peringatan ini juga merupakan ingatan keras untuk diri sendiri. Memang lumrah manusia selalu lupa dan perlu diperingatkan. Sepertimana isi yang terkandung di dalam surah Al-Asr.
Wednesday, April 14, 2021
Wednesday, January 26, 2011
AL-QURAN EMAS
Kiranya ini ialah projek pertama pameran aku pada tahun ini. Baru mula dipamerkan pada penghujung bulan Disember lepas. Harga tiket cuma RM 10.00 dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak. Selain daripada Al-Quran ini, terdapat baratus-ratus koleksi artifak yang berasal dari dinasti-dinasti terdahulu dari negara China.
Walaupun aku tahu tentang sedikit sejarah Al-Quran ini tapi aku tak mahu ceritakan. kalau nak tahu lebih lanjut, datanglah melawat pameran ini.. Ia pasti mengujakan.. :)