Sepertimana kita semua maklum, penyanyi tersohor Indonesia Ariel Peterpan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dengan hukuman penjara 3 tahun dan denda tidak kurang RM 80 ribu. Sekali tengok muka Ariel semasa perbicaraan dijalankan, nampak kasihan saja, tapi salah tetap salah. Pesalah harus dihukum.
Apa yang diharapkan agar pesalahlaku video pornografi seperti ini terus dihukum bagi memastikan tiada siapa lagi yang berani melakukan aksi yang terkutuk untuk ditayangkan sewenang-wenangnya di internet.
Begitu juga di Malaysia. Sekarang ni terlalu banyak aksi-aksi seksual remaja dan juga orang dewasa berbangsa Melayu yang terpapar di Internet dan telefon bimbit. Tak kisahlah samaada mereka sengaja atau tidak untuk menyebarkannya, tetapi mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa? Tidakkah kita tahu bahawa dengan membiarkan sahaja perkara ini berlaku, akan terus mengalakan perbuatan terkutuk ini berleluasa.
Harapan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan berharap kerajaan membuat satu undang-undang sepertimana yang terdapat di Indonesia bagi membicarakan setiap kesalahan yang melibatkan video pornografi, gambar lucah dan aksi tidak senonoh untuk memastikan kes seperti ini dapat diatasi dan terus dibendung sehingga ke akar umbi.