Showing posts with label akademi tunas melaka tengah. Show all posts
Showing posts with label akademi tunas melaka tengah. Show all posts

Sunday, September 15, 2024

Muhammad Firas Faiq dan Bola Sepak




Tahniah Muhammad Firas Faiq dan pasukan. Tempat ketiga Kejohanan Bola Sepak Community Merdeka Cup 2024, Piala Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bawah 10 tahun yang telah berlangsung pada 1 September lalu. 

Inilah pingat pertama yang dimenangi oleh anakku Muhammad Firas Faiq. Sebelum-sebelum ini hanya banyak perlawanan persahabatan. Apabila sudah masuk pertandingan sebenar dan memperoleh tempat ketiga, ia boleh dibanggakan. Walaupun baru berusia 9 Tahun, masih dapat bersaing bersama kanak-kanak bawah 10 tahun. 

Muhammad Firas Faiq ni aku lihat boleh bermain. Ada idea. Bermain di bahagian tengah. Tapi fizikal masih kecil. Tendangan pun masih belum berapa kuat. Harapnya dia boleh meningkatkan prestasi dari masa ke masa. 

Tuesday, March 26, 2024

Muhammad Firas Faiq Terpilih Akademi Tunas Melaka Tengah

Muhammad Firas Faiq bin Fairus 


Bulan Januari 2024 yang lalu aku telah membawa anakku Muhammad Firas Faiq untuk menyertai pemilihan Akademi Tunas Melaka Tengah bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (National Football Development Programme - NFDP). Pemilihan berlangsung di Padang 10 MAFA di Krubong, Melaka. 

Ikutkan hati, aku taknak hantar anakku menghadiri pemilihan, kerana ketiadaan masa untuk melayan sekiranya dia terpilih nanti. Sekiranya terpilih, jadual latihan berlangsung pada hari bekerja. Tiga hari iaitu Isnin, Rabu dan Khamis. Waktu bermula pula jam 5.00 petang. 

Aku memang tak mempunyai masa kerana balik kerja jam 5.00 petang. Jarak tempat latihan juga agak jauh. Jika perlu aku hantar, mungkin jam 6.00 baru sampai ke padang latihan. 

Namun, isteriku memutuskan bahawa dia akan uruskan semua sekiranya terpilih. Dia boleh balik awal 4.30 petang dan terus hantar anak ke padang latihan. Jadi, jika sudah begitu, aku membenarkan anakku pergi mengikuti pemilihan tersebut. 

Nak dijadikan cerita pada 27 Januari 2024 keputusan telah dibuat dan anakku Muhammad Firas Faiq antara yang terpilih sebagai pelatih Akademi Tunas Melaka Tengah bagi bawah 9 tahun.

Maka bermulalah episod melayan seorang ni
pergi balik, pergi balik menjalani latihan bola. Itu semua diuruskan oleh isteri aku. Jika ada perlawanan persahabatan yang diadakan pada hujung minggu, barulah aku dapat meluangkan masa untuk menghantarnya ke padang. 

Dia pun memang minat bermain bola sepak. Moga suatu hari nanti dapat menjadi pemain bola sepak profesional seperti sepupunya. Seorang lagi sepupunya pun telah dapat masuk ke Akademi Mokhtar Dahari. Moga dia dapat mengikuti jejak langkah sepupu-sepupunya.

Walaupun masih berusia 9 tahun, memang aku perasan bakatnya. Aku masa berumur 9 Tahun pun masih tak nampak bakat aku bermain bola, sekadar main suka-suka sahaja. Tapi si dia ni, nampak akan kebolehannya.

Dia bermain di posisi penyerang. Sekiranya ada perlawanan persahabatan, nampak kekesalan dalam dirinya jika tidak dapat menjaringkan gol. Ada kalanya sampai mengamuk dan menangis kerana kecewa. 

Entahlah, sudah jadi bapa ni perlulah hadapi semua ini. Layan kan saja minat anak-anak. 5 orang anak, 5 jenis perangai. 😅😅😅

Dulu bakat dia benar-benar aku nampak semasa pada kejohanan INI