Showing posts with label air kelapa muda. Show all posts
Showing posts with label air kelapa muda. Show all posts

Monday, January 6, 2025

Buah Kelapa Pandan Rosak Binasa

Lain macam tajuknya, siap rosak binasa lagi. Nak dijadikan cerita, semalam aku berhajat nak minum air kelapa pandan yang ditanam di belakang rumah. Aku nampak 2 biji sudah agak besar, dah boleh dikorbankan untuk menghilangkan dahaga.

Baca juga :

Aku ambil parang dan jug plastik lalu pergi ke belakang rumah. Dengan harapan setinggi gunung aku memetik sebiji buah kelapa lantas dibelah. Aik, kosong! Mana airnya? Aku petik sebiji lagi, belah dan sama. Tiada air. Tiada isi. Sebelum-sebelum ini elok saja buahnya. 

Tiada rezeki nak minum air kelapa muda

Aku ambil keputusan untuk petik semua buah kelapa pandan di atas pokok yang berbaki empat biji. Dibelah, tetap kosong. Tiada air dan isi. Aduh! Kenapa ni?

Macam biasa, aku pun Google untuk mencari jawapan terhadap permasalahan ni. Ok, dapat. Antara punca berlaku begini kerana pokok kelapa terendam dengan air dalam satu masa tertentu. 

Aku fikir, inilah sebabnya berlaku pada pokok kelapa pandan aku kerana di belakang rumah akan digelinangi air sekiranya hujan lebat yang lama. Ini berpunca dari sistem parit dalam halaman yang telah aku renovated disamping salur air hujan (gutter) yang dahulunya ada, tapi telah dibuka oleh kontraktor tanpa memasang kembali.

Rasanya, elok dipasang kembali salur tu bagi mengelakkan air bertakung di belakang rumah sekaligus memastikan pokok-pokok buah yang ditanam di belakang rumah tidak musnah atau rosak.