Showing posts with label air kelapa. Show all posts
Showing posts with label air kelapa. Show all posts

Monday, January 6, 2025

Buah Kelapa Pandan Rosak Binasa

Lain macam tajuknya, siap rosak binasa lagi. Nak dijadikan cerita, semalam aku berhajat nak minum air kelapa pandan yang ditanam di belakang rumah. Aku nampak 2 biji sudah agak besar, dah boleh dikorbankan untuk menghilangkan dahaga.

Baca juga :

Aku ambil parang dan jug plastik lalu pergi ke belakang rumah. Dengan harapan setinggi gunung aku memetik sebiji buah kelapa lantas dibelah. Aik, kosong! Mana airnya? Aku petik sebiji lagi, belah dan sama. Tiada air. Tiada isi. Sebelum-sebelum ini elok saja buahnya. 

Tiada rezeki nak minum air kelapa muda

Aku ambil keputusan untuk petik semua buah kelapa pandan di atas pokok yang berbaki empat biji. Dibelah, tetap kosong. Tiada air dan isi. Aduh! Kenapa ni?

Macam biasa, aku pun Google untuk mencari jawapan terhadap permasalahan ni. Ok, dapat. Antara punca berlaku begini kerana pokok kelapa terendam dengan air dalam satu masa tertentu. 

Aku fikir, inilah sebabnya berlaku pada pokok kelapa pandan aku kerana di belakang rumah akan digelinangi air sekiranya hujan lebat yang lama. Ini berpunca dari sistem parit dalam halaman yang telah aku renovated disamping salur air hujan (gutter) yang dahulunya ada, tapi telah dibuka oleh kontraktor tanpa memasang kembali.

Rasanya, elok dipasang kembali salur tu bagi mengelakkan air bertakung di belakang rumah sekaligus memastikan pokok-pokok buah yang ditanam di belakang rumah tidak musnah atau rosak.

Monday, January 28, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PROSES MENYEDIAKAN AIR KELAPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru cuba-cuba menggunakan 'smart phone' hadiah daripada isteri tercinta. Jadi, bermulalah satu peredaran baru dalam diri aku dari menggunakan telefon bimbit biasa kepada telefon bimbit generasi terkini walaupun ianya hanya yang biasa-biasa sahaja.
Oleh hal yang demikian (perghh... ayat karangan sekolah ni), aku akan wujudkan satu lagi corak entri di dalam blog aku ni iaitu INSTAGRAM ON BLOG.
Jom layan saja gambar Instagram aku ni. Gambar ni sebenarnya diambil di rumah mak, semasa kitorang membuat persiapan menyediakan minuman air buah kelapa muda.

Mula-mula jolok buah kelapa

Kemudian, kasi tetak untuk mendapatkan air kelapa

Air kelapa ditaruk di dalam jug

Ini pula sesi mengorek isi buah kelapa menggunakan sudu

Anak buah yang sedang gigih mengorek isi buah kelapa

Habis isi buah kelapa dikoreknya...

Jadilah air kelapa yang telah dibancuhkan dengan Gula Melaka