Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Sunday, January 26, 2025

Kenapa Aku Tak Minum Nescafe di Kedai!

Aku percaya, air Nescafe merupakan antara air kesukaan ramai. Aku juga gemar minum Nescafe. Rasa kopi yang enak dan menyegarkan serta aromanya yang harum membuatkan peminum kopi dapat menikmati rasa kopi yang sebenar.


Jika minum di kedai, kita dapati harga Nescafe agak mahal berbanding air kopi biasa atau teh. Harga Nescafe biasanya sama dengan harga Milo. 

Walaupun penggemar Nescafe tapi aku amat jarang memesan Nescafe apabila minum di kedai. Sebab apa? Sebagai insan yang biasa dengan Nescafe, pastinya aku sudah cukup kenal dengan rasa Nescafe. 

Malangnya, pekedai tidak menggunakan Nescafe yang asli, sebaliknya menggunakan seperti Indocafe dan lain-lain kopi atau mencampurkan sedikit serbuk Nescafe dengan kopi lain yang harganya lebih murah ketimbang harga Nescafe.

Sebagai peniaga perlulah jujur. Jika pelanggan memesan Nescafe, berilah Nescafe. Kita pun tahu harga Nescafe sedikit tinggi, kita bayar pun untuk harga Nescafe bukan kopi yang murah. Jangan fikir nak untung sahaja!

Sudah banyak kali terkena seperti ini, jadi aku sudah tidak lagi memesan Nescafe apabila minum di luar. Minum teh o sajalah... 

Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIR SEDUNIA

22 Mac merupakan tarikh sambutan Hari Air Sedunia. Tahu tak? Aku pun baru tahu. Baguskan jadi penulis blog ni, kalau dulu kita tak tahu, kini dah banyak benda tahu. Iyalah, sebagai penulis blog kan kita juga melayari laman web dan blog-blog lain untuk mendapatkan maklumat.


So, apa yang kita nak sambutkan tentang Hari Air Sedunia ni? Erm.. Kita sebagai pengguna air ni, hendaklah selalu berjimat cermat dalam menggunakan air. Agar tak payah bayar bil air banyak.. :) Eh, bukan begitu, kita kena berjimat cermat agar penggunaan air berkurangan sekaligus bekalan air akan banyak dan mampu menampung keperluan air untuk jangka masa yang lama.

Selain tu, tolonglah jaga kebersihan sungai. Sungai merupakan sumber air dalam kehidupan kita. Jangan kata kita sahaja yang mahu menggunakan sungai, hidupan air juga memerlukannya. Kalau sungai sudah tercemar, bagaimana hidupan di sungai mahu hidup. Baru semalam aku dalam jalan perjananan menaiki kereta, aku ternampak ada seorang pemuda membuang sebungkus sampah ke dalam sungai. Huh, aku apa lagi membebel dalam kereta memarahi tindakan pemuda tersebut sambil didengari oleh isteri dan iparku. Pantanglah aku dengan benda-benda macam ni.


Malas nak cakap banyak, nanti meleret ke cerita lain pulak. Oklah, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Air Sedunia kepada semua penduduk dunia amnya dan rakyat Malaysia khasnya. Semoga kita semua menyayangi air.. :)




Thursday, January 27, 2011

BERSIHKAH AIR DI RUMAH KITA?

Gambar Ehsan : asiaexplorer.com

Satu persoalan yang perlu kita jawab... Bersihkan air yang dibekalkan ke rumah kita? Di manakah asalnya air yang mengalir dari air paip di rumah kita?

Sungai... Inilah jawapannya. Sungai merupakan nadi utama yang menyalurkan bekalan air "bersih" ke rumah kita. Tetapi adakah ia benar-benar bersih? Atau sekadar bersih pada luaran tetapi dalamannya kotor dengan pelbagai bendasing.

Gambar : Makcik Google

Sekiranya sungai tercemar bagaimana? Tercemar dengan kotoran, dengan bangkai haiwan mahupun manusia, dengan najis dan pelbagai kotoran lagi. Memang benar sebelum air tersebut disalurkan ke rumah-rumah ia akan melalui proses rawatan air samaada dengan membunuh kuman, mencampurkan klorin dan sebagainya. Tetapi adakah ia akan menjadi bersih sebersih bersihnya? Menang benar pada zahirnya air itu bersih, tetapi pada batinnya adakah begitu juga?

Cakap tak guna, tikam tak kena kita fikirlah sama-sama...





Tuesday, October 5, 2010