Showing posts with label abstrak. Show all posts
Showing posts with label abstrak. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

CERITA DULU... MASA DIA BERUMUR 3 TAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Semalam buat entri pasal hasil seni. Hari ini teringat pula kisah lalu tentang anakku Muhammad Fahim yang menghasilkan suatu seni yang aku sendiri amat kagum. 

Masa itu Muhammad Fahim berusia 3 tahun. Kejadian berlaku pada tengah malam. Dia tersedar dari tidur dan sukar untuk tidur semula. Aku yang berjaga pada waktu itu, memberikan warna, berus dan kertas lukisan dan hasilnya...........









Terhasillah satu lukisan abstrak yang lahir dari pemikiran dan kreativiti seorang kanak-kanak. Kini, lukisan itu sudah siap dibingkaikan dan sudah lebih 3 tahun tergantung di rumah aku. Kalau orang kata "jual ke?", oh tidak, lukisan ni bukan untuk dijual. Biar ia menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Ha.. Yang bawah ini siapa berminat, saya akan jual. 


Title : Untitled
Medium : Acrylic
Size : 21 x 21 inch
Size with frame : 29 x 29 inch
Price : RM ***,**.00

Tuesday, September 17, 2013

CONTENG-CONTENG JE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku teringat ada seorang artis (pelukis) menyatakan, lukisan bukanlah sesuatu yang terlalu menekankan produk akhir yang dihasilkan namun ianya menitikberatkan seni semasa menyiapkan sesuatu hasil seni. 

Pada pengalaman aku, pernah sekali melihat seorang omputeh dari Belanda yang melukis abstrak dengan menggunakan tangan dan hanya memakai seluar dalam semasa menghasilkan karya seni tersebut. Selain itu, ada juga pelukis yang lagak gayanya seperti hendak bersilat, dan berbagai-bagai lagi. 

Produk akhir biasanya agak subjektif dari pandangan mata manusia. Ada yang menyatakan sesuatu hasil seni itu cantik dan menarik, ada pula sebaliknya. Justeru, kecantikan merupakan dari mata siapa yang memandangnya seperti bak kata omputeh, beautiful is in the eye of beholder

Bagi artis yang sememangnya mencari rezeki dengan menjual karya seni, menjual lukisan adalah matlamat utamanya. Tetapi bagi diri aku sendiri, apabila lukisan-lukisan aku terpamer di dinding rumah, ia merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Sekiranya ada terjual, ia merupakan satu bonus. Alhamdulillah, bagi diri aku yang baru nak belajar ni, sudah 2 buah lukisan aku terjual. 

Baru-baru ni, aku hasilkan lagi sebuah lukisan abstrak bersaiz kecil seperti di bawah :



Tajuk : Untitle
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik

Mungkin ada yang melihat lukisan ini akan mengatakan "uuiiiiii.... cantiknya..." atau ada juga yang mengatakan ianya adalah sebuah hasil seni "sampah". Jadi terpulanglah pada mata masing-masing yang melihat dan menilainya. 

:: Lihat juga >> KLIK <<

Monday, September 16, 2013

HASIL SENI PADA HARI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammd S.A.W.



Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-50 kepada semua kenalan di alam maya sama ada memang biasa ke blog aku ini atau sekadar 'pemerhati' saja. Semoga Malaysia kita ini terus aman, makmur dan berjaya.

Cuti-cuti ni, tak tau nak buat apa.. Semalam sudah balik ke rumah mak, adik beradik ada bergotong royong membersihkan halaman dengan mencantas pokok-pokok dan memesin rumput. Jadinya hari yang terluang hari ni aku mencergaskan diri aku untuk melukis.

Maka terhasillah 2 buah lukisan yang tak seberapa ini :


Tajuk : Love Series
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik


Tajuk : Love Series #2
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik

Wednesday, July 10, 2013

SILING KAIN PERCA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Tajuk : Siling Kain Perca
Saiz : 38 cm x 38 cm
Media : Akrilik

Aku hasilkan Siling Kain Perca ini daripada ilham kenangan lalu di rumah arwah nenek. Dulu, di rumah nenek aku ada perca-perca kain yang telah dijahit untuk dijadikan penutup kepada siling atau bumbung rumah. Zaman sekarang memang susah nak lihat benda sebegini lagi.

Bagi aku, perca-perca kain ini begitu unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Daripada ianya terus dilupakan, adalah elok juga aku abadinya dalam bentuk lukisan abstrak seperti yang dihasilkan di atas.

Thursday, May 23, 2013

KEMBALI MENJADI ARTIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hehe.. Artis sangatlah kan.. Kalau siapa yang biasa bertandang ke blog aku ni pasti ada perasan beberapa buah lukisan hasil buatan tangan aku yang pernah aku paparkan di sini. Bagi sesiapa yang masih belum pernah melihatnya, bolehlah klik pada pautan di bawah :






Alhamdulillah... Sebenarnya sudah dua lukisan aku terjual dengan seorang pembeli yang sama. Aku sedikit berasa berbesar hati kerana beliau baru berpindah rumah, beliau sudah 'booking' awal lukisan aku untuk letak di rumah barunya. Pada masa beliau pergi mengemas rumah barunya, beliau telah menelefon supaya menghantar lukisan ke rumah barunya. Terasa seperti lukisan aku ini dihargai. Lukisan pertama yang beliau beli ialah The Spinning 9 Balls.

Baru-baru ini isteri aku ada 'publish'kan lukisan aku di Facebook, dan-dan 'buyer' yang sama berkenan dengan sebuah lagi lukisan aku iaitu One and Only. Sebenarnya aku sendiri sukakan lukisan tu, aku sudah gantung di rumah aku dengan beberapa lukisan yang lain. Memang dalam perancangan, aku nak jadikan rumah aku seperti galeri lukisan peribadi aku. Tapi orang rumah sudah terlepas gambar tersebut di Facebook, jadi terpaksalah aku menjualnya juga walaupun agak sukar melepaskannya. Dalam hati, aku terfikir, adakah inilah sebabnya ada antara pelukis tidak mahu menjual sebilangan karya lukisannya.

Sebagai seorang yang baru belajar melukis, aku tidaklah 'demand' harga yang tinggi bagi lukisan aku ni. Alhamdulillah, aku dapat menjual lukisan The Spinning 9 Balls dengan harga RM 250.00 manakala lukisan One and Only dengan harga RM 150.00. Sebenarnya kalau boleh tak naklah letak harga yang mahal-mahal sangat, tapi faktor bahan mentah seperti bingkai dan warna yang agak mahal lebih-lebih lagi bingkainya.

Bagi lukisan The Lonely Colorful Flowers aku sudah 'reject'. Dari pandangan mata aku, memang ia nampak tidak cantik dan menarik.. :(

Baru-baru ni aku mula melukis kembali. Aku bukan tak boleh melukis hari-hari, tapi masa amat mencemburui aku. Lainlah aku memang mencari makan dengan melukis, kalau begitu kenalah melukis hari-hari. Dalam diam aku dapat menyiapkan sebuah lukisan dan sebuah lagi hampir siap. Kedua-duanya masih belum aku letakkan tajuknya. Nanti saja aku fikirkan...

Ok.. Di bawah ini adalah hasil kerja tangan aku yang baru. Maaflah, gambarnya tidak penuh. Hanya sebahagian saja ditunjukan. :)

Layankan saja...



Masih tercari-cari tajuk yang sesuai bagi kedua-dua lukisan ini...

Saturday, January 12, 2013

THE LONELY COLORFUL FLOWERS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Nampaknya kali ini berderet-deret entri yang saya terbitkan adalah berkaitan lukisan abstrak yang saya lukis. Harap tiadalah rakan-rakan bloggers yang biasa ke blog ini berasa jemu.
 
Sebenarnya saya baru saja selesai melukis sebuah lagi lukisan abstrak yang bertajuk THE LONELY COLORFUL FLOWERS. Namun, setelah selesai melukis lukisan ini, saya agak buntu untuk meletakkan tajuknya. Setelah puas berfikir, jadinya THE LONELY COLORFUL FLOWERS merupakan tajuk yang saya fikirkan terbaik.
 
Jom layan saja sajalah gambar lukisan ni, saya pun buntu juga nak tulis apa lagi...
 
 
Haaa... Inilah bunganya tu..
 
Bunga bulat-bulat je...
 
Kasi rapat sikit...
 
The Lonely Colorful Flowers

Friday, January 11, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya sebuah lukisan abstrak saya yang bertajuk THE SPINNING 9 BALLS #3. Sebenarnya baru semalam saya mula melukis lukisan ini, dan dalam pukul 11.00 malam tadi barulah siap.
 
Nak katakan lukisan seperti ini lama disiapkan tak juga. Tapi kerana saya hanya dapat melukis pada waktu malam, jadinya masa itu agak terbatas. Kalau hendak dicampurkan masa untuk menyiapkan lukisan ini dari semalam hingga ke malam ini, ia mengambil masa kira-kira 7 jam. Perghhh.. Agak lama juga tu. Nampak macam mudah saja kan..
 
Layan sajalah lukisan ni, tak mau cakap banyak....
 
 
New Signature "AFAI"
 
Close Up
 
Another Close Up
 
 
 
 
 
 
The Spinning 9 Balls #3

Thursday, January 10, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #3 DALAM PROSES UNTUK DISIAPKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Macam biasalah, sampai saja mood mahu melukis, saya pun mulalah melukis. Kali ini saya meneruskan kesinambungan karya abstrak THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2. Kali ini saya cuba siapkan satu lagi siri THE SPINNING 9 BALLS iaitu THE SPINNING 9 BALLS #3.
 
THE SPINNING 9 BALLS #3 ini menyerupai siri-siri sebelumnya namun saya hanya menggunakan 2 warna iaitu hitam dan putih. Sekali pandang, nampak macam menarik juga warna hitan dan putih ini.
 
Saya mula dari pukul 8.00 malam tadi. Ingatkan nak siapkan malam ini juga. Tetapi mata ini tidak mengizinkan. Sudah mengantuk pula. Mungkin esok-esok boleh sambung lagi.
 
 
The Spinning 9 Balls #3 masih dalam proses pembikinan... :)

Monday, January 7, 2013

ONE AND ONLY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, minta maaflah kalau ada sesiapa yang tak minat seni. Baru-baru ini acapkali saya terbitkan entri berkaitan lukisan yang telah saya hasilkan seperti THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2.

Hari ini saya sekali lagi ingin 'menayangkan' satu lagi hasil karya saya bertajuk ONE AND ONLY.





Karya ini merupakan karya abstrak yang mempunyai makna atau gambaran disebaliknya. Ada sesiapa yang perasan tak? Kalau ada sesiapa yang perasan cuba beritahu di ruangan komen, apa yang anda nampak?

Friday, December 28, 2012

AKHIRNYA SIAP JUGA "THE SPINNING 9 BALLS"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Baru saja semalam saya membuat entri GIGIH MENYIAPKAN "THE SPINNING 9 BALLS", tak sangka pula dapat menyiapkan hari ini. Ini semua hasil gigih saya membuatnya bermula selepas maghrib hinggalah siap sebentar tadi.

Dan inilah hasilnya...


The Spinning 9 Balls


Buat Bulat-Bulat Saja

Main Conteng-Conteng

Calit-Calit Warna

Campur-Campur Warna Sikit


Budak-Budak Pun Boleh Buat Ni...
 

Akhirnya dapat juga saya gantungkan lukisan ini di ruang tamu rumah. Oppsss... Jangan percaya. Ini bukan rumah saya.. :) Tapi kalau dapat rumah macam ni, pergghhh... memang 'mari'.
 

Tuesday, December 25, 2012

MINAT MELUKISLAH PULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya tidak pasti sama ada saya benar-benar minat melukis ataupun sekadar suka-suka untuk mengisi masa yang terluang. Bagi sesiapa yang biasa bertandang ke blog saya ini, pasti akan perasan beberapa hasil lukisan yang telah saya lukis.
 
Pada awal pagi Hari Krismas 2012 ini, saya sekali lagi telah menghasilkan sebuah lukisan. Saya gambarkan ia adalah sebuah lukisan abstrak.
 
Kali ini media yang saya gunakan ialah akrilik yang dilukis pada kertas keras. Kebiasaannya, bagi pelukis yang sudah pro, mereka melukis atas kanvas. Tetapi bagi saya yang sekadar hobi ini, gunakan kertas keras saja. Murah pun murah.
 
Sempat tangkap gambar berus lukisan

Baru-baru mula mewarna

Sudah hampir nak siap

Akhirnya... Siap pun...

Tuesday, April 19, 2011

BELAJAR MELUKIS

Hahaha.. Tak pandai melukis tapi nak lukis jugak.. Boleh ke? Orang kata kalau minat, tapi kalau tak dimulakan, sampai bila tak akan buat. Jadinya, oleh kerana aku sudah mula minat ke arah bidang seni, aku mulalah belajar-belajar melukis.

Erm.. Nak tengok apa yang aku lukis? Janji erk jangan komen lebih-lebih. Aku budak baru belajar ler...

Tajuk : Lepaskan
Media : Warna air

Tajuk : Fikir
Media : Warna air

Tajuk : Dahaga
Media : Warna air

Tajuk : Lega
Media : Warna air

Tajuk : Kehidupan
Media : Warna air

Tengok tajuk-tajuk tu, agak-agak ada kena mengena tak dengan lukisan? Sebenarnya ada, tapi buat masa ni aku seorang saja yang tahu. Hehe.. Ada makna disebaliknya.

Bagi yang artis profesional tu kalau ternampak lukisan ni rasanya ok tak? Jangan komen lebih-lebih tau, nanti semangat aku turun. :)