Showing posts with label Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Tsunami. Show all posts

Monday, March 14, 2011

MARIA OZAWA OKAY? AKU JE YANG TAK OKAY!!!

Dalam aku membaca berita di Yahoo News, aku ada terbaca pula pasal cerita Tsunami di Jepun yang berlaku baru-baru ini. Kasihan sungguh rakyat Jepun yang dikatakan sudah lebih 1000 yang meninggal ataupun masih hilang. Harap-harapnya semua warga Jepun dapat menghadapi musibah ini dengan sabar.

Tapi sekarang aku nak cerita pasal rakyat jepun yang seorang ni.. Nama dia Maria Ozawa. Dia ni pelakon pornografi yang agak terkenal. Nak kata aku bengang kat dia takdelah, cuma aku bengang dengan ada seorang dari Indonesia yang sangat-sangat perihatin ke atas keselamatannya. Apa tiada rakyat Jepun lain lagi ke yang hendak diprihatinkan? Ini tidak, seorang pelakon porno yang banyak bergelumang dengan dosa yang dia risau keselamatannya.

Ini adalah antara perkataan yang diucapkan kepada pelakon pornografi tersebut oleh seorang warga Indonesia :

"Moga-moga kamu baik-baik sahaja"

"Semoga kamu bisa menyelamatkan diri"

"Tuhan selamatkan Maria Ozawa"





(Ps : Tak kisah untuk menunjukkan keprihatinan, tetapi berpada-padalah)

Friday, March 11, 2011

MUTAHIR : VIDEO JEPUN DILANDA TSUNAMI 2011



Video : Business Insider

Jepun dilanda Tsunami. Kejadian ini terjadi disebabkan berlakunya gempa bumi di Jepun yang berukuran 8.9 skala richter. Amaran Tsunami juga telah dikeluarkan untuk negara-negara seperti Indonesia, New Zealand, Philiphines, Papua New Guinea, Hawaii dan banyak lagi negara berhampiran.

Bagi warga Malaysia, berhati-hatilah. Manalah tahu Tsunami tu akan melanda perairan kita. Jadinya, jangan menghampiri kawasan pantai.

Monday, November 15, 2010

IKTIBAR DARI SEBERANG

Gelombang Tsunami, ledakan gunung berapi dan banyak lagi bencana yang melanda di dunia ini pasti ada satu kuasa yang menggerakkannya. Kuasa yang begitu Maha Besar dan Maha Hebat. Apabila Ia berkehendakan sesuatu, Kun Faya Kun di firman-Nya maka jadilah. Itulah kekuasaan yang dimiliki tuhan sekelian alam, Allah S.W.T.


Tidak terlepas juga bencana yang menimpa negara jiran kita, Indonesia yang digemparkan dengan gelombang ombak besar Tsunami di Kepulauan Mentawai dan letusan Gunung Merapi di Yogyakarta di mana telah meragut ratusan nyawa dalam seketip mata. Begitu hebatnya kekuasaan Allah, adakah mungkin ada peringatan yang diberikan-Nya untuk manusia yang masih hidup?


Jadi, kita yang masih hidup ini hendaklah segera insaf. Hendaklah kembali kepada arahan dan suruhan-Nya. Buatlah apa yang disuruh dan tinggalkanlah apa yang dilarang.


* Ingatan ini juga untuk diri sendiri.