Tanggal 9 Mei 2021 berakhirnya siri Jejak Rasul 2021 dengan 15 episod di mana 3 episod terakhir rakamannya di Melaka. Hampir seminggu juga penerbit dan kru rakaman berkampung di Melaka bagi menyiapkan tugasan ini.
Saya pada ketika itu, diarahkan oleh bos untuk membantu dan mengiringi kru pengambaran ke lokasi-lokasi pengambaran. Penerbit, pengacara dan kru-kru pengambaran semua ok, peramah, boleh berborak-borak. Kiranya seminggu saya sebagai pegawai pengiring (LO) tidaklah bosan.
Terdapat juga rakaman semasa kami sedang membuat kerja-kerja ekskavasi arkeologi sekitar Pulau Melaka, jadi ternampaklah kelibat saya dalam beberapa saat di episod terakhir Jejak Rasul 2021. π
Dalam rakaman ini kelihatan saya memakai baju kameja, nampak bersih dan rapi. Tapi hakikatnya, bila saya sudah turun ke tapak ekskavasi, beginilah rupanya.
ππΌππΌππΌ