Showing posts with label BE. Show all posts
Showing posts with label BE. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

LEPAS BAYAR SAMAN TERIMA CEK DARI NUFFNANG

Ingatkan semalam merupakan hari yang malang pada diri aku kerana telah disaman oleh polis trafik. Namun rupa-rupanya semasa pulang dari kerja sesuatu yang membahagiakan apabila aku mendapat cek dari Nuffnang. Nuffnang ni macam sedang paham-paham saja yang aku sudah rabak RM 100.00 semalam.

Ini merupakan cek yang pertama aku terima daripada Nuffnang dan ternyata ianya bukanlah program pengiklanan yang tipu tetapi ianya benar. Ye lah... manalah tahukan, sekarang program di internet macam-macam ada. Ada yang tipu dan ada yang benar.


Bukan setakat Nuffnang beri cek saja pada aku semalam, pada hari ini dia berikan lagi keceriaan dengan memberikan double Buffer Earning (BE). Memang terbaik dari ladanglah Nuffnang ni. Aku baru saja nak berniat untuk mencuba-cuba company pengiklanan yang lain, erm... kalau macam ini tak jadilah. Aku mahu stay dengan Nuffnang. :) Lainlah kalau Nuffnang ni dah tak relevan lagi.


Lepas ni harap-harap dapat cepat dapat terima cek lagi dari Nuffnang.. :)

(Ps : Membodek Nuffnang aje aku dalam entry ni... )




Thursday, January 6, 2011

JANGAN ABAIKAN TIPS DARI BLOGGERS

Kita pastinya pernah baca atau terbaca tips-tips dari bloggers tentang samaada mahu tingkatkan trafik pada blog, cara untuk mendapatkan BE dan lain-lainnya. Adakah kita setakat membaca, atau kita mempraktikannya?

Kalau benar-benar tips dari bloggers dikenalpasti amat berguna, apa kata kita mencubanya. Tak rugi. Aku ni baru lima bulan masuk dalam bidang blog ni dan aku berterima kasih kepada bloggers yang banyak memberikan tips dalam entry mereka.





Kalau dulu memang tak pernah sekalipun aku mendapat BE, tapi setelah membaca tips daripada beberapa bloggers akhirnya baru-baru ni aku telah mendapat beberapa BE. Memang terasa best bila dapat BE. :)

Tetapi ada juga tips yang bukan-bukan yang diberikan oleh bloggers, tapi kita anggaplah ia merupakan satu gurauan. Kita ambil tips yang betul, tips yang boleh membantu kita dalam dunia blog.