Baca juga :
Showing posts with label AI. Show all posts
Showing posts with label AI. Show all posts
Wednesday, March 12, 2025
Wednesday, February 19, 2025
Wednesday, December 4, 2024
Wednesday, May 22, 2024
Thursday, February 22, 2024
Gadis Berkerusi Roda
Pagi tadi sempat membaca komen-komen daripada rakan-rakan bloggers di dalam blog post ini. Salah seorang daripadanya telah membuat satu permintaan untuk membuat gambar AI (Artificial Intelligence) atau di dalam Bahasa Malaysia, Kepintaran Buatan.
Jadi, tidak mahu menghampakan permintaannya, aku pun tunaikan. Diharap ia menepati kehendak dan citarasa blogger LadyBird.
Permintaannya ialah untuk menghasilkan gambar AI seorang gadis cantik bercermin mata yang sedang merenung jauh ke hadapan. Nah! Inilah hasilnya.
Ada sesiapa nak buat permintaan lagi?
Wednesday, February 21, 2024
Wednesday, December 13, 2023
Monday, December 11, 2023
Peribahasa Melayu Bergambar (Bahagian 2)
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, peribahasa didefinisikan sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.
Manakala apabila merujuk pada Kamus Dewan Edisi Keempat pula, peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah.
Antara contoh peribahasa Melayu yang masih segar digunakan sehingga kini.
Lihat juga Peribahasa Melayu (Bahagian 1)
![]() |
Anak sebatang kara |
![]() |
Air yang dicincang tidak akan putus |
![]() |
Bagai Belanda meminta tanah |
![]() |
Bapa borek, anak rintik |
![]() |
Genggam bara api biar sampai jadi arang |
![]() |
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi |
![]() |
Seperti anjing dengan kucing |
![]() |
Seperti musang berbulu ayam |
Sunday, December 10, 2023
Peribahasa Melayu Bergambar (Bahagian 1)
Mencipta gambar Artificial Intelligence (AI) dengan menggunakan Bing Creator merupakan salah satu yang boleh dikatakan terbaik bagi aku. Pelbagai laman sesawang dan aplikasi pernah aku cuba, dan buat masa ini Bing Creator adalah yang terbaik.
Dalam aku menelusuri dan mendalami Bing Creator maka terpancar ilham untuk mencipta gambar-gambar yang merujuk kepada peribahasa Melayu. Lantaran ini terjadilah gambar-gambar di bawah ini yang mungkin dapat memberikan manfaat kepada semua yang mencari bahan untuk peribahasa Melayu.
![]() |
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama |
![]() |
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga |
![]() |
Ada udang di sebalik batu |
![]() |
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya |
![]() |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri |
![]() |
Lembu punya susu, sapi dapat nama |
![]() |
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit |
![]() |
Sudah jatuh ditimpa tangga |
Ini baru bahagian satu, kalau rajin nanti aku buat bahagian seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)