Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

MASYARAKAT CINA, INDIA HARUS BACA INI





"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain."

Tun Tan Siew Sin (30 April 1969)

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunya 88 peratus daripada pengundi yang menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon, mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata "kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. seperti saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda, ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya gembira di sini."

Tun V.T Sambanthan (1 Jun 1965)

Ps : Bukanlah mahu mengajar tetapi pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India dahulu lebih menyanjungi orang Melayu kerana orang Melayulah banyak membantu mereka dalam segenap hal sehingga mereka dapat berjaya seperti sekarang. Jadinya, orang-orang Cina dan India sekarang haruslah lebih sedar dan banyakkan berterima kasih. Jangan sombong walau sudah kaya raya. Ingat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Aku Cakap (12 Oktober 2011)

Thursday, January 13, 2011

NOVEL INTERLOK UNTUK DIHAYATI BUKAN UNTUK DIBAKAR

Setelah 40 tahun diterbitkan, novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah dibakar oleh kira-kira 100 kaum India di Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang yang tidak berpuas hati berikutan ada kandungan dalam novel tersebut didakwa mempunyai perenggan yang berunsur perkauman.

Dengan isu yang kian hangat kini, aku berusaha untuk mendapatkan buku ini di kedai buku, tapi malangnya novel ini tiada dijual di kedai buku yang aku pergi. Ada juga bertanya kepada kawan-kawan samaada mempunyai buku ini, tapi seperti biasa, ianya tiada. Jadinya, aku membuat satu tinjauan peribadi mengikut sinopsis dan maklumat-maklumat yang aku perolehi daripada akhbar-akhbar tempatan.





Pada pendapat aku, novel Interlok ini seharusnya tidak punya sebarang masalah. Ianya dikarang dengan menggunakan fakta-fakta sejarah yang diperolehi oleh pengarang. Justeru itu, adalah tidak molek kiranya sejarah bangsa sendiri tidak mahu terima. Bukannya niat untuk menghina, tetapi ianya adalah realiti dan benar-benar berlaku.

Novel ini lebih kepada kita mengenali asal-usul kita, dan dari asal-usul itu kita jadikan pedoman untuk terus berjaya. Ia memperlihatkan bagaimana suatu ketika dahulu kaum-kaum Cina dan India datang ke tanah Melayu, duduk bersama orang Melayu, bekerjasama sehingga membawa kepada kemakmuran dan sebati hidup bersama.

Oleh itu, pada kaum India yang berada di Malaysia yang penuh dengan kemakmuran ini, janganlah cuba memperbesarkan isu ini. Tiada apa yang perlu dimarahkan. Fikirlah dari sudut yang positif. Aku percaya, panel-panel yang memilih novel ini sebagai teks sastera sekolah menengah telah mengkaji segala aspek sebelum membuat pilihan.

Selari dengan gagasan 1 Malaysia yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, aku lihat novel ini adalah satu penulisan yang benar-benar melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di Malaysia.

Oleh itu sekali lagi dengan ikhlas hati aku berpesan (sebagai orang biasa) terimalah buku ini. Jangan kerana kita, anak-anak yang hendak belajar menjadi mangsa keadaan. Jadilah seorang yang positif, berfikir secara positif dan buat benda yang positif.

Friday, December 10, 2010

NAMEWEE MAHU PROMOSI 1 MALAYSIA

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz ada menyatakan bahawa Namewee akan menyokong kerajaan untuk mempromosikan 1 Malaysia. Kita tidak perlulah terperanjat, baguslah kalau dia nak buat begitu. Mungkin dia sudah sedar akan ketelanjuran dan kelantangan dia di media elektronik tidak disenangi oleh beberapa pihak.





Persoalannya, bagaimana cara dia mahu mempromosikan 1 Malaysia? Adakah dengan mengeluarkan video klip di laman You Tube ataupun di konsert? Memang tidak dinafikan, budak Namewee ni kreatif orangnya, tapi dalam kekreatifan yang dimiliki haruslah ada pihak yang membantu bagi dia mempromosikan 1 Malaysia dengan cara yang betul dan sopan.

Kaedah membuat klip video dan disebarkan di laman You Tube juga sebenarnya alternatif yang sangat berkesan, memandangkan nama Namewee itu sendiri telah popular, pastinya ramai yang menantikan lagu-lagu terbaru dari dia.

Bagi Namewee yang mungkin terlayar laman blog ini, di sini aku berikan lirik yang aku tulis sendiri untuk mempromosikan 1 Malaysia. Agak-agak kalau sesuai, jadikanlah lagu rap sepertimana yang biasa digubah.

Tajuk : Kita Satu Malaysia Tak Mau Gaduh-Gaduh

Nama wa Namewee
Wa bangsa Cina
Dulu wa suka-suka bikin malu
Ini Malaysia negeri wa kuku..

Kini wa sedar dulu
Ini Malaysia Tanah Melayu
Bangsa wa datang sama-sama mahu bikin maju
Tak mau gaduh macam dulu-dulu..

Chorus

Kita satu Malaysia, tak mau lah gaduh-gaduh
Kita bina ini Malaysia jadi satu..

Bukan bangsa wa saja kasi maju
Itu India juga ada kalu
Sama-sama bikin maju
Tidak kira itu bulu..

Dulu wa kutuk itu guru Melayu
Kerna wa tidak tahu
Semua orang jadi seteru
Maafkan wa wahai Melayu..

Chorus

Kita satu Malaysia, tak mau lah gaduh-gaduh
Kita bina ini Malaysia jadi satu..

Kawan wa India, Melayu
Sama-sama makan belacan, budu
Wa suka ini selalu
Malaysia aman jadi satu..

Sabah, Sarawak juga macam tu
Boleh kawan-kawan gitu
Mari mesra kita selalu
Lu respect wa, wa respect lu..

Chorus

Kita satu Malaysia, tak mau lah gaduh-gaduh
Kita bina ini Malaysia jadi satu.. (2x)

Monday, October 25, 2010

BERSAMA HAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan