Monday, April 14, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia


Negara kehilangan seorang tokoh besar yang pernah menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di tarikh 14 April 2025. 

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tun Abdullah dikenang sebagai seorang pemimpin yang tenang, berhemah dan berpegang kepada prinsip Islam Hadhari dalam pentadbirannya. Sumbangan beliau dalam memperkukuh pentadbiran awam dan memperjuangkan integriti serta perpaduan nasional akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah negara.

Al-Fatihah.

14 comments:

  1. Terkejut baca berita ni maghrib tadi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Antara bekas PM yg tak banyak kontroversi sangat

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allahyarham tenang di sana bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

      Delete
  3. Alfatihah. Suka arwah Tun Abdullah tak banyak isu politik selepas bersara. Buat hal sendiri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allahyarham tenang di sana bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

      Delete
  4. Banyak jasa beliau yg ditinggalkan.
    Turut berduka

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Allahyarham Tun Abdullah bekas PM yang disayangi ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

      Delete
  6. Al-Fatihah. PM yg tak byk buat hal. Berehatlah Tun Abdullah di dunia abadi.

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wainna ilaihi rajiun
    Seorang pemimpin yg tak byk isu.. sentiasa tenang..

    ReplyDelete
  8. Sediiih juga mendengar berita ini. Beliau masih menjabat sebagai PM saat saya kuliah di Penang dulu. Semoga almarhum selalu ditempatkan dlm golongan org beriman, diampuni kesalahan dan diterima amal baiknya

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.