Friday, April 11, 2025

Terima Kiriman Dari Ketua Menteri Melaka

Kiriman apa?


Hari ni aku terima satu kad raya yang boleh tahan special dari Ketua Menteri Melaka sendiri, YAB. Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh. Walaupun Syawal dah masuk minggu kedua, kad ni baru sampai ke tangan aku. Tapi tak kisahlah, orang kata, ingatan tu yang penting. Kad dia nampak eksklusif, siap dengan pantun dan ucapan penuh adat Melayu, memang rasa dihargai.

Paling kelakar, siap ada pesanan “Jangan lupa ‘follow’ dan ‘tag’ dak Rauf!”, gaya santai tapi penuh maksud. Nampak usaha beliau nak dekat dengan rakyat, tak kira umur atau latar belakang. Terus teringat masa aku rakam video Ketua Menteri masak dalam Festival Masakan Warisan Melaka 2024 hari tu, aku post kat TikTok, tak sangka boleh cecah hampir 40 ribu views! Memang sempoi dan sporting orangnya.

Terima kasih Datuk Seri atas kad raya ni. Walaupun sampai lambat, tetap buat hati rasa seronok. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. 

5 comments:

  1. Kena simpan buat kenangan ni. Very exclusive one. Ucapan versi moden gitu kan kena up to date.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rajin juga mengumpul. Tapi sekarang tak lagi. Tengoklah macam mana. Berapa lama ia tahan untuk disimpan. Hihi.

      Delete
  2. bestnya dapat kad raya! Apatah lagi dari org kenamaan. Salam Aidil Fitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu CM buka Google Form di media sosialnya bagi siapa yang nak terima kad raya daripadanya. Jadi saya pun sama isi borang tu. Hehe.

      Delete
  3. Waa... bestnya.. dulu arwah atuk selalu dpt kad raya dpd YB kat sini jugak.. skrg xtau lah masih ada lg x trend pejabat yb kirim kad raya ni.. sy ingat lg posting psl KM Melaka masak di blog ni.. mmg sempoi abis

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.