Monday, April 21, 2025

Telur Rebus Separuh Masak Yang Sempurna

Pagi tadi aku buat telur rebus separuh masak yang dimasak sempurna. Sempurna sangatlah kan... Aku guna cara yang sangat mudah yang tular di media sosial. Mula-mula, aku didihkan air dalam periuk. Bila air dah betul-betul mendidih, aku terus tutup api dan masukkan telur. Aku biarkan telur terendam dalam air panas tu selama 4 minit.

Sempurna bukan? 😄

Bila cukup 4 minit, aku angkat telur dan kupas. Hasilnya memang menjadi. Putih telur masak elok, sedikit kental tapi tak keras. Bahagian kuning pula kekal cair macam yang selalu kita makan dekat kedai makan. Cara ni memang berkesan kalau nak telur separuh masak yang sekata tanpa pecah.

Untuk tambah rasa, aku campurkan kicap, serbuk lada hitam dan madu atas telur tu. Rasa manis, masin dan pedas bergaul sekali, memang sedap le. Kebelakangan ni suka pula madu, makan telur separuh masak letak madu, makan roti sapu madu, air kopi O pun taruk madu. 

8 comments:

  1. Madu untuk kesihatan kan...hehehe..kalau dapat telur ayam kampung sodap tu...

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn telur separuh masak...tk pernh lg ltk madu...biasa letak kicap & serbuk lada hitam

    ReplyDelete
  3. Dulu2 sy guna cara ni jugak buat telur separuh masak, tapi skrg sy guna jer bekas 2 tingkat tu, kompom jadik. Air masak dalam kettle jer.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.