Monday, April 21, 2025

Telur Rebus Separuh Masak Yang Sempurna

Pagi tadi aku buat telur rebus separuh masak yang dimasak sempurna. Sempurna sangatlah kan... Aku guna cara yang sangat mudah yang tular di media sosial. Mula-mula, aku didihkan air dalam periuk. Bila air dah betul-betul mendidih, aku terus tutup api dan masukkan telur. Aku biarkan telur terendam dalam air panas tu selama 4 minit.

Sempurna bukan? 😄

Bila cukup 4 minit, aku angkat telur dan kupas. Hasilnya memang menjadi. Putih telur masak elok, sedikit kental tapi tak keras. Bahagian kuning pula kekal cair macam yang selalu kita makan dekat kedai makan. Cara ni memang berkesan kalau nak telur separuh masak yang sekata tanpa pecah.

Untuk tambah rasa, aku campurkan kicap, serbuk lada hitam dan madu atas telur tu. Rasa manis, masin dan pedas bergaul sekali, memang sedap le. Kebelakangan ni suka pula madu, makan telur separuh masak letak madu, makan roti sapu madu, air kopi O pun taruk madu. 

21 comments:

  1. Madu untuk kesihatan kan...hehehe..kalau dapat telur ayam kampung sodap tu...

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn telur separuh masak...tk pernh lg ltk madu...biasa letak kicap & serbuk lada hitam

    ReplyDelete
  3. Dulu2 sy guna cara ni jugak buat telur separuh masak, tapi skrg sy guna jer bekas 2 tingkat tu, kompom jadik. Air masak dalam kettle jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji masak sempurna tak terlalu cair ok lah tu.

      Delete
  4. Fuh! Kalau yg macam dalam gambar tu memang feveret uncle! Cantik nau!

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan telur yang macam ni,letak kicap pon sedap

    ReplyDelete
  6. Saya pun guna cara begini. Memang menjadi. Sedap tu ditambah kicap.

    ReplyDelete
  7. Iyelah, elok kejadiannya. Kuning telur tak pecah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya profesional je yang boleh buat telur kuning tak pecah.. Haha

      Delete
  8. Baru je lepas makan telur separuh masak ni. Nanti nak try cara di atas pula. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya! Saya suka telur yang tiga suku masak, jadi guna bekas bawah kuning macam kat mamak tu.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.