Pagi tadi aku buat telur rebus separuh masak yang dimasak sempurna. Sempurna sangatlah kan... Aku guna cara yang sangat mudah yang tular di media sosial. Mula-mula, aku didihkan air dalam periuk. Bila air dah betul-betul mendidih, aku terus tutup api dan masukkan telur. Aku biarkan telur terendam dalam air panas tu selama 4 minit.
Bila cukup 4 minit, aku angkat telur dan kupas. Hasilnya memang menjadi. Putih telur masak elok, sedikit kental tapi tak keras. Bahagian kuning pula kekal cair macam yang selalu kita makan dekat kedai makan. Cara ni memang berkesan kalau nak telur separuh masak yang sekata tanpa pecah.
Untuk tambah rasa, aku campurkan kicap, serbuk lada hitam dan madu atas telur tu. Rasa manis, masin dan pedas bergaul sekali, memang sedap le. Kebelakangan ni suka pula madu, makan telur separuh masak letak madu, makan roti sapu madu, air kopi O pun taruk madu.
Madu untuk kesihatan kan...hehehe..kalau dapat telur ayam kampung sodap tu...
ReplyDeleteYa. Madu untuk kesihatan..
DeleteTerima kasih. Periuk tak tutup?
ReplyDeleteTak tutup.
Deletelama tk mkn telur separuh masak...tk pernh lg ltk madu...biasa letak kicap & serbuk lada hitam
ReplyDeleteCubalah.. Sedap letak madu.
Deletesedap tu.. yum yum
ReplyDeleteSedap
DeleteHehe
Dulu2 sy guna cara ni jugak buat telur separuh masak, tapi skrg sy guna jer bekas 2 tingkat tu, kompom jadik. Air masak dalam kettle jer.
ReplyDeleteJanji masak sempurna tak terlalu cair ok lah tu.
DeleteFuh! Kalau yg macam dalam gambar tu memang feveret uncle! Cantik nau!
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Sedap dimakan semasa sarapan pagi.
Deletedah lama tak makan telur yang macam ni,letak kicap pon sedap
ReplyDeleteMemang sedap ler..
DeleteSaya pun guna cara begini. Memang menjadi. Sedap tu ditambah kicap.
ReplyDeleteYa betul..
DeleteIyelah, elok kejadiannya. Kuning telur tak pecah 👍
ReplyDeleteHanya profesional je yang boleh buat telur kuning tak pecah.. Haha
DeleteBaru je lepas makan telur separuh masak ni. Nanti nak try cara di atas pula. Terima kasih share.
ReplyDeleteCuba, jangan tak cuba.. Hehe
DeleteSedapnya! Saya suka telur yang tiga suku masak, jadi guna bekas bawah kuning macam kat mamak tu.
ReplyDelete