Saturday, April 19, 2025

Pisang 40 Hari di Belakang Rumah Berbuah Lagi


Pokok pisang 40 hari yang aku tanam di belakang rumah berbuah lagi. Setiap kali nampak tandan baru keluar, rasa seronok. Sebenarnya aku pun dah tak ingat berapa kali pokok pisang belakang rumah ni berbuah. Sudah banyak kali sampai dah tak terkira.

     Baca juga :

Sekarang masih ada lebih kurang enam atau tujuh batang pokok lagi yang sedang membesar. Ada yang baru naik, ada yang dah mula nampak tanda-tanda nak berbuah. Walaupun ruang tak besar mana, tengok pokok-pokok ni membesar buat aku rasa puas. Tak perlu baja mahal, cukup jaga biasa-biasa saja, alhamdulillah pokok tetap subur.

     Baca juga :

Tanam pisang ni memang banyak kelebihannya. Selain dapat hasil sendiri, dapat juga berkongsi dengan jiran-jiran. Rasa puas bila tengok apa yang kita tanam sendiri membuahkan hasil. Harapnya pokok-pokok yang tengah membesar ni pun akan terus berbuah dengan sempurna. 

14 comments:

  1. Best tu dapat tengok tanaman mengeluarkan hasil. Rasa berbaloi je.

    ReplyDelete
  2. Untung rumah takde monyet
    Rumah Cuya belakang hutan, so monyet suka curi buah hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki...seronok tu dapat makan pisang hasil tanaman sendiri. Puas hati dapat merasanya pun kan. Tak rugi berbudi pada tanah. Ada hasilnya.

    ReplyDelete
  4. Bukan itu saja...daun pun boleh guna untuk alas nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Kadang² tu bila nak kelainan, ambil daun pisang buat alas makan nasi.. Hehe.

      Delete
  5. Dulu masa kat rumah lama belakang rumah ada pisang 40hari...ni dah pindah ni x tau la apa citer pokok pisang tu..ada lagi ke x..sebab dia banyak anak- anak pokok silih berganti...kat rumah baru ni memang x leh nak tanam pokok pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak anak pokok. Tapi takleh biarkan kena potong anak pokok tu untuk induk besar dengan sempurna.

      Delete
  6. dpt kutip hasil dr tanaman...mmg syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Best, apa yang ditanam menjadi. Alhamdulillah

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki, seronok tengok.

    Saya ada hasrat nak tanam pokok pisang jugak, tujuan nak gunakan daunnya untuk buat ikan/ayam grill. Aroma lebih lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      memang sesuai nak membakar ikan/ayam guna daun pisang.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.