Baru-baru ni, aku terjumpa satu pelan lama bandar Melaka. Dari pandangan pertama lagi, aku dah boleh agak ini bukan peta biasa. Reka bentuknya klasik, jenis yang biasa kita nampak dalam buku sejarah. Tajuk asal pelan ni ialah “Map in Malacca Town in 1951”, maksudnya pelan ni dibuat lebih 70 tahun lepas, masa Melaka masih di bawah pentadbiran British. Bila aku tengok lebih dekat, zaman Melaka dipenuhi bangunan kolonial, jalan kecil dan suasana klasik yang kita susah nak jumpa sekarang.
Sebenarnya aku jumpa pelan ni kat Google masa tengah cari bahan rujukan untuk siapkan penerangan baharu bagi salah satu pameran di muzium. Kebetulan pula peta ni muncul dan terus menarik perhatian aku. Jadi aku fikir, elok juga aku simpan dalam blog ni, boleh rujuk balik bila-bila nanti kalau nak guna dalam kerja atau sekadar nak tengok balik sejarah susun atur bandar Melaka. Kadang-kadang benda yang kita jumpa secara tak sengaja ni lah yang paling berguna untuk masa depan.
Antara benda paling menarik yang aku perasan ialah jalan-jalan utama yang ditanda dengan warna merah terang. Nampak sangat jalan-jalan ni memang penting pada waktu tu, antaranya Jalan Kubu, Jalan Bendahara, Jalan Bukit Cina, Jalan Laksamana dan Jalan Gajah Berang. Aku boleh bayangkan macam mana orang dulu guna jalan-jalan ni untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Sungai Melaka yang berliku tu pun dilukis dengan sangat jelas, menunjukkan betapa pentingnya sungai tu sebagai laluan utama pada masa dulu.
Pelan ni bukan sekadar tunjuk jalan tapi ia penuh dengan info tentang bangunan dan tempat penting. Aku nampak nama-nama tempat yang masih wujud sampai hari ni macam Stadthuys, Gereja St. Paul, masjid lama dekat Jalan Mosque dan kuil di kawasan Temple Street. Ada juga pejabat-pejabat kerajaan lama macam balai polis, pejabat tanah, rumah rehat dan sekolah. Menariknya, bank klasik macam Hongkong & Shanghai Banking Corporation pun ada, jelas menunjukkan Melaka memang pusat ekonomi yang penting masa tu.
Bagi aku, pelan lama ni bukan sekadar koleksi sejarah tapi dia macam sebuah kenangan masa silam. Bila aku tengok pelan ni, aku rasa lebih faham bagaimana bandar Melaka dibentuk dan dibangunkan dulu. Kalau kita jenis yang suka sejarah atau sekadar nak tahu asal-usul kawasan yang kita selalu lalu, peta macam ni memang best untuk diterokai. Ia bukan saja menarik, tapi buat kita lebih hargai bandar yang kita diami ni.
Kadang-kadang kita tak terbayang keadaan sekarang jika pada masa dahulu,
ReplyDeletemacam taman rumah saya sekarang ni, orang asal kata dulunya hutan belantara sahaja. I like? what? tapi begitulah satu kawasan yg dibangunkan mengikut permodenan.
Goldsmith Street, Blacksmith Street dah dimelayukan kan nama jalan2 ni sekarang?
ReplyDeletewah, bagus nie..
ReplyDeleteDari pelan lama ni kita boleh tengok bagaimana sesuatu kawasan itu membangun dengan jayanya atau sebaliknya..
ReplyDeleteBetul, ianya kenangan, dan sejarah. Nama pun Melaka Bandar Bersejarah. Thanks for sharing.
ReplyDeleteMenariiik! Apalagi bagi penyuka sejarah . Saya pun suka kalo membaca sejarah lama suatu tempat seperti ini. Terlebih Abang yg memang bekerja di museum dan relate sangat dengan hal2 seperti ini. HSBC pun dah ada di Melaka saat itu yaa 👍
ReplyDeleteBagusnya ada peta lama untuk kita buat rujukan. Banyak perubahan dulu dan sekarang.
ReplyDeleteKalau peta2 lama ni selalunya ada tanda X menunjukkan harta karun...
ReplyDelete(Banyak sangat baca komik lanun)
Sewaktu saya travel ke Portugal bulan Februari lepas, asyik teringat kisah-kisan sejarah negeri Melaka yang ditulis Encik Fairus.
ReplyDelete