Thursday, March 13, 2025

Sahur Terlewat, Janji Ada

Pagi tadi sahur aku sangat ringkas dengan lima biji kurma dan segelas air kopi. Bukannya diet atau sengaja memilih tapi sebab terlajak tidur, hehe... Isteri kejut, tapi bila aku tersedar, waktu Subuh hampir masuk. Tak sempat nak makan nasi atau apa-apa yang lebih mengenyangkan.

Walaupun begitu, sahur tetap sahur. Kurma mengandungi tenaga semula jadi dan kopi cukup untuk menyegarkan mata yang masih mamai. Tak dapat nikmat makan dengan tenang, tapi sekurang-kurangnya sempat alas perut sebelum memulakan puasa. Syukur juga sempat teguk air kopi panas di awal pagi.

Pengajaran hari ini, jangan terlalu yakin alarm boleh menyelamatkan keadaan. Mungkin esok kena tidur lebih awal atau set lebih banyak alarm supaya tak berulang lagi drama sahur ekspres macam hari ini. Haha..



6 comments:

  1. Sekurang2nya buah kurma boleh buat bdn kita lebih bertahan lama untuk berpuasa kan..
    Saya ada terbaca klau minum kopi waktu sahur boleh buat kite jadi haus..xtau betoi ke tak..hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh pulak terlajak ye. Sempat bersahur tu alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah dapat sahur juga walaupun sekadar kurma. Kurma dapat beri tenaga juga
    Cuya alhamdulilah ada ibu ayah untuk gegarkan pintu bilik bgn sahur kekeke

    ReplyDelete
  4. Wak dah biasa bangun awal
    Takde masalah terlajak sahur

    ReplyDelete
  5. Alarm memang tak boleh harap 100%. Tapi bau masakan kat dapur pasti mampu segarkan mata. 😂

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.