Monday, March 10, 2025

Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk

Peribahasa Melayu "Resmi padi, makin berisi makin tunduk" membawa maksud bahawa semakin tinggi ilmu, pengalaman atau pangkat seseorang, semakin ia perlu bersikap rendah hati. Padi yang berisi melambangkan orang yang memiliki banyak ilmu dan kebijaksanaan, manakala tunduknya padi menggambarkan sifat merendah diri yang patut ada dalam diri seseorang.


Sebagai individu yang bekerja dalam bidang muzium, peribahasa ini mengingatkan aku untuk terus bersikap sederhana walaupun memperoleh pengalaman luas dan ilmu lebih 17 tahun dalam dunia permuziuman. Dalam kehidupan seharian, aku bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dari pelajar hingga tokoh-tokoh penting dan peribahasa ini mengajar aku untuk tidak sombong dengan ilmu yang ada.

Kejayaan dan pengalaman bukan alasan untuk berbangga diri tetapi peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain. Seperti padi yang memberi rezeki kepada manusia, ilmu dan pengalaman juga harus dikongsi agar lebih bermakna. Semoga aku sentiasa mengamalkan sifat rendah hati dalam setiap langkah kehidupan.

16 comments:

  1. Mudah-mudahan terus kekalkan sifat mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Banyak pengalaman tu dah 17 tahun.

    ReplyDelete
  3. kalau sombong pun tak akan ke mana juga kalau tidak ke tanah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Jangan risau, saya tak sombong.. Hehe

      Delete
  4. Mak sy pun selalu pesan agar ikut resmi padi.

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Semoga terus menabur bakti.

    ReplyDelete
  6. Aamin.. moga kita semua tidak akan sombong dengan ilmu yang dipinjam Allah kepada kita :)

    ReplyDelete
  7. Moga kita sentiasa ikut resmi padi.

    ReplyDelete
  8. Setuju. Ilmu tidak ada batasnya. Akan terus ada. Jadi untuk apa disombongkan. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yg kita tidak tahu sebenarnya. Di atas kita masih ada yg lebih berilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. Saya setuju. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.