Peribahasa Melayu "Resmi padi, makin berisi makin tunduk" membawa maksud bahawa semakin tinggi ilmu, pengalaman atau pangkat seseorang, semakin ia perlu bersikap rendah hati. Padi yang berisi melambangkan orang yang memiliki banyak ilmu dan kebijaksanaan, manakala tunduknya padi menggambarkan sifat merendah diri yang patut ada dalam diri seseorang.
Sebagai individu yang bekerja dalam bidang muzium, peribahasa ini mengingatkan aku untuk terus bersikap sederhana walaupun memperoleh pengalaman luas dan ilmu lebih 17 tahun dalam dunia permuziuman. Dalam kehidupan seharian, aku bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dari pelajar hingga tokoh-tokoh penting dan peribahasa ini mengajar aku untuk tidak sombong dengan ilmu yang ada.
Kejayaan dan pengalaman bukan alasan untuk berbangga diri tetapi peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain. Seperti padi yang memberi rezeki kepada manusia, ilmu dan pengalaman juga harus dikongsi agar lebih bermakna. Semoga aku sentiasa mengamalkan sifat rendah hati dalam setiap langkah kehidupan.
Mudah-mudahan terus kekalkan sifat mulia ini.
ReplyDelete