Bulan Ramadan sentiasa membawa keberkatan dan menghidupkan suasana ibadah di tempat kerja. Seperti tahun-tahun sebelumnya, jabatan aku meneruskan tradisi tadarus Al-Quran sebagai salah satu pengisian rohani sepanjang bulan mulia ini.
Program tadarus ini diadakan setiap pagi, bermula jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Kakitangan jabatan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kakitangan lelaki dan kakitangan perempuan. Setiap kumpulan akan menghabiskan satu juzuk Al-Quran setiap hari, dengan harapan dapat mengkhatamkan Al-Quran menjelang penghujung Ramadan.
Suasana tadarus ini bukan sahaja memperkukuh hubungan sesama rakan sekerja, malah memberi peluang untuk memperbaiki bacaan Al-Quran. Program ini menjadi satu amalan yang mendekatkan kami dengan Al-Quran di samping memberi ketenangan dalam melaksanakan tugas harian.
Semoga amalan ini terus subur dan menjadi inspirasi untuk terus mendekatkan diri kepada Allah, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang kehidupan kita.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteAmalam mulia ini biarlah terus menjadi budaya hidup kita.
Alhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah. Sejuk rasa di hati baca entri ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Musim hujan sekarang memang sejuk. 😊
Deletesemoga kita dapat beribadat dengan sebaik2nya .. ameeennn.. dan ibadat kita diterima oleh yg esa... ameeennnnn
ReplyDeleteAmin.. Amin ya Rabbal Alamin.
Deletealhamdulillah...baguslah amalan sebegini...boleh juga diteruskan walaupun habis Ramadan
ReplyDeleteYe... Semoga tak malas2
ReplyDeleteMoga-moga..
DeleteDekat pejabat kita pun dah ada jadual tadarus.
ReplyDeleteKami setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
DeleteBaguuuus ada kegiatan macam ini bang 👍👍👍. Something yg rasanya saya tak pernah rasakan saat bekerja di foreign company di sini .
ReplyDeleteSemoga membuat para staff menjadi lebih dekat dengan Alquran dan rutin membacanya ya
Insya-Allah. Amin.
DeleteSelamat beribadah encik...Moga Allah merahmati Encik dan rakan sepejabat
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah. Amin.
DeleteAlhamdulillah. Ada tadarus di pejabat. Di sekolah lama sy thn lps ada buat. Tp di sek skrg belum buat lagi. Cuma bacaan surah pd awal pagi di perhimpunan tu ada la setiap hari.
ReplyDeleteCikgu mungkin takde masa pasal ada kelas setiap pagi. Wallahuaklam.
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSyukur..
DeleteAntara aktiviti bulan puasa yang harus ada.
ReplyDeleteYa betul.. Sejak saya mula bekerja hingga kini, tradisi tadarus diteruskan
Delete