Monday, March 10, 2025

Kayu Penunjuk Al-Quran Hadiah Bermakna Daripada Saudara Abd. Jalil

Pagi tadi, aku dan rakan-rakan tadarus Al-Quran di jabatan menerima satu hadiah istimewa iaitu kayu penunjuk Al-Quran yang dihasilkan oleh saudara Abd. Jalil, seorang pesara dari jabatan kami.


Saudara Jalil bukan sahaja seorang yang mahir dalam ukiran kayu, tetapi juga seorang yang suka berkongsi hasil tangannya untuk manfaat orang lain. Kayu penunjuk ini bukan sekadar alat untuk memudahkan bacaan tetapi juga satu simbol dorongan untuk kami terus istiqamah dalam tadarus sepanjang Ramadan ini.

Baca juga :

Menyemarakkan Ramadan dengan Tadarus Al-Quran di Jabatan


Terima kasih, saudara Jalil, atas pemberian yang penuh makna ini. Semoga pahala pembelian dan penggunaan kayu penunjuk ini terus mengalir selagi ia digunakan oleh para penerimanya. Moga Allah merahmati usaha dan kebaikanmu.

24 comments:

  1. Teringat dulu-dulu guna duri landak jer..

    ReplyDelete
  2. Dulu2 belajar ngaji mesti pakai menunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Paling koman pun pakai lidi kelapa.

      Delete
  3. Wah...berseni sungguh ni. Cantik!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ya uncle.. Hingga sekarang beliau mengukir walaupun dah pencen.

      Delete
  5. Wahh cantiknya dia ukir...unik

    ReplyDelete
  6. Kemas ukirannya. Dulu pakai jugak tapi lidi sate lah. 😁

    ReplyDelete
  7. Cantik, pandai dia ukir.
    Dulu-dulu masa kecik, saya pakai lidi dari pokok kelapa tu. Dah besar, pakai pensel, sebab nak tanda kat mana berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga pakai pensil, boleh tanda-tanda.

      Delete
  8. Cantik berseni penunjuk al-Quran tu.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya penunjuk kayu tu, dulu masa kecik guna kertas lipat atau lidi.

    ReplyDelete
  10. Baguuus nyaaa 😍😍😍. Jadi ingat zaman sekolah saat masih baca Alquran berbentuk musaf , saya pakai penunjuk Alquran macam ini juga.

    Kalo skr karena dah pakai Alquran digital, jadi tak pakai lagi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang biasanya tunjuk pakai jari sahaja.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.