Haha, baru-baru ini aku ada menulis tentang Beraya Biar Bijak, Jangan Pokai, tapi akhirnya aku sendiri yang berbelanja. Kali ini, aku membeli kasut raya baharu iaitu Adidas Grand Court Base 2.0. Beli di Al-Ikhsan, satu jenama yang memang terkenal dengan koleksi sukan dan kasut berkualiti. Memang dah lama aku tak beli kasut baharu, jadi bila ada rezeki lebih tahun ini, aku rasa tak salah untuk menghadiahkan diri sendiri sesuatu yang tahan lama dan berguna.
Sejujurnya, aku bukan jenis yang selalu beli kasut mahal. Biasanya, aku lebih memilih kasut yang praktikal dan berpatutan. Tapi sekali sekala, apa salahnya, kan? Adidas Grand Court Base 2.0 ini memang selesa, dengan rekaan klasik yang sesuai untuk pelbagai gaya. Warnanya nampak kemas, senang dipadankan dengan apa saja pakaian. Lagipun, kasut ini boleh dipakai bukan hanya untuk raya, tetapi juga untuk kegunaan harian.
Alhamdulillah, tahun ini rezeki lebih baik, jadi dapatlah sedikit berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan selalu pun. Yang penting, masih dalam kawalan dan tidak membazir. Semoga kasut ini membawa langkah yang lebih baik dan bermakna untuk tahun ini.
Tak apa beli kasut mahal untuk kita berjalan dengan selesa. Penting jaga kesihatan kaki.
ReplyDeleteBetul. Yang penting selesa.
Deletewah terbaik kasut raya alah membeli menang memakai
ReplyDeleteItulah..
DeleteLawa kasut.. xpe la self reward.. selalu kita utamakan anak2 skrg time utk diri sendiri
ReplyDeleteSekali sekala kan..
DeleteLawa kasutnya...takpe, kalau mahal..dia tahan lama
ReplyDeleteHarap² tahan lama.
DeleteWah, lawa kasut raya dia. :)
ReplyDeleteBiase² je. Hihi
DeleteSimple! Uncle suka kaler dia!
ReplyDeleteMula² cari warna putih stripe hijau tapi last stock display punya.
DeleteCantiknya kasut raya.
ReplyDeleteBolehlah.. Hihi
DeleteSelagi mampu, apa salahnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Delete