Sunday, March 9, 2025

Buah Nangka Pokok Tua di Rumah Mak

Semalam di rumah mak, aku perasan sebiji nangka sudah masak. Tanpa berlengah, aku petik dan potong. Isinya kuning dan manis. Masa aku potong buah ni, dua orang anak aku Muhammad Firman dan Muhammad Fiq Farrel turut menikmatinya. Mereka suka. Dua, tiga ulas mereka makan. Sesudah potong emak agihkan kepada adik-beradik dan saudara-mara yang tinggal berdekatan.


Pokok nangka ini pokok lama, lebih tua dariku. Aku lupa nak tanya mak siapa yang menanamnya. Sejak dulu, aku yang menjaganya dengan mencantas dahan dan membalut buah dengan guni tepung. Sekarang, buahnya lebat. Lebih 20 biji sudah dibalut, menunggu masa untuk dinikmati.

Semoga pokok ini terus berbuah dan menjadi rezeki yang dikongsi bersama.

16 comments:

  1. Cantik kulit buah nangka tu. Tentu isinya pun molek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isinya cantik.. Makan waktu berbuka. Manis.

      Delete
  2. Terbayang, sedapnya bubur nangka letak sagu biji.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah.. Rasanya yang atas pokok tu, akan dapat dinikmati bulan ini juga.

      Delete
  4. Sedap nangka fresh. Kat belakang rumah saya pun ada buahnya. Manis leting macam dah boleh buat jus rasanya.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tapi tak boleh makan banyak nanti sakit badan angin.

    ReplyDelete
  6. Buah fevret saya. Orang kat angin. Saya OK je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya. Kalau makan nangka takde angin, tapi kalau makan ubi rebus, memang angin.

      Delete
  7. Kegemaran saya ni. Bestnya ada pokok nangka. Moga semua buah elok-elok isinya.

    ReplyDelete
  8. Uwaaaah abaaaang, banyaknya berbuah nangka 😍😍😍. Saya pun sukaaa buah ini. Apalagi dapat yg manis wangi. Jadi nak cari nangka 😄. Dah lama tak makan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Indonesia, biasa makan Nangka yang dibuat kerepek.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.