Hari ini, aku berbuka puasa bersama kakitangan Muzium Sejarah Melaka yang bertugas. Aku makan nasi ambeng yang aku kirim daripada salah seorang kakitangan yang keluar membeli makanan di bazar Ramadan. Kehadiran aku bukan sekadar untuk menikmati juadah, tetapi sebagai tanda sokongan kepada mereka yang bekerja di hujung minggu ketika orang lain bercuti. Dalam sektor pelancongan, cuti mereka bergilir sama ada pada hari Ahad atau Isnin, menjadikan hujung minggu mereka hari bekerja seperti biasa.
Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, kawasan sekitar tempat kerja aku terlibat dalam Melaka Car Free Zone dan beberapa muzium termasuk Muzium Sejarah Melaka dibuka hingga malam. Ia memberi peluang kepada pelancong menikmati sejarah Melaka pada waktu yang lebih fleksibel, sementara kakitangan muzium terus menjalankan tugas mereka dengan dedikasi.
Berbuka puasa bersama mereka hari ini adalah pengalaman bermakna. Ia bukan sekadar satu perjumpaan biasa, tetapi satu bentuk penghargaan kepada rakan sekerja yang sentiasa komited dengan tugas mereka. Semoga semangat ini terus kekal dan menjadi inspirasi kepada semua yang berkhidmat dalam industri pelancongan.
Pengorbanan bertugas sehingga waktu berbuka puasa
ReplyDeletePengorbanan bertugas sehingga waktu berbuka puasa
ReplyDeletePengorbanan bertugas di perbatasan.. Hihi.
DeleteSelamat menjamu selera. Berselera betul nampaknya tu.
ReplyDeleteFuh.. Dah penghujung Ramadan baru dapat merasa nasi ambeng.
DeleteBerkorban apa saja. Tapi tu la, keliling dia kuih tepung Pelita tu, hahahah.
ReplyDeleteHaha, saya beli, kawan pun beli. Tu jadi banyak.
DeleteTahniah untuk semua yg komited bila bekerja. Moga jasa kalian dibalas dengan setimpalnya
ReplyDeleteTerima kasih.. Saya yang menjalankan amanah.
DeleteDah lama tak kesana... Muzium dah buka sampai malam ye en fairuz? Linda belum pernah masuk muzium kapal tu je.. Nanti kena masuk juga lah
ReplyDeleteRaya nanti datanglah.. Roger saya..
DeleteSeronok juga berbuka dengan rakan sekerja.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seronok walaupun tak ramai.
DeleteSemoga rakan sekerja Encik Fairus terus semangat menjalankan tugas di hujung minggu dan waktu malam.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mereka mengerti akan tugasan mereka.
DeleteJap... tak faham kenapa ada lori mainan tu....
ReplyDeleteDekat Muzium banyak orang tertinggal barang, antaranya permainan lori tu la.. Bukan saya buat main.. Haha.
DeleteSedapnya nampak tepung pelita. Moga semuanya dilindungi sewaktu bekerja.
ReplyDeleteSaya suka bekeja pada hujung minggu...lebih santai dan relax
ReplyDelete