Wednesday, March 26, 2025

Beraya Biar Bijak, Jangan Pokai

Hari Raya Aidilfitri memang masa yang ditunggu-tunggu. Seronok dapat berkumpul dengan keluarga, menikmati juadah sedap dan bergaya dengan pakaian baharu. Tapi kadang-kadang, dalam keterujaan nak sambut raya, kita terlupa nak kawal perbelanjaan. Akhirnya, lepas raya dompet pun ‘kering’, gaji bulan depan pun dah siap untuk bayar hutang. Jadi, tak salah nak beraya sakan, tapi biarlah berpada-pada. Raya tetap meriah walaupun kita belanja dengan bijak.


Antara cara mudah nak berjimat ialah buat bajet awal-awal dan ikut senarai yang betul-betul penting. Tak perlu beli baju raya setiap tahun kalau yang lama masih elok. Kuih raya pun tak perlu beli berbalang-balang kalau akhirnya tak habis dimakan. Kalau rajin, boleh buat sendiri, lagi jimat, lagi puas hati. Dan kalau nak bagi duit raya, tak perlu paksa diri ikut orang lain. Ikut kemampuan sendiri, bukan ikut trend.

Yang penting, raya ni tentang kebersamaan bukan semata-mata berbelanja besar. Jangan sampai lepas raya kita stress sebab duit dah habis, tapi raya pun tak sempat nak nikmati betul-betul. Jadi, berbelanja dengan bijak, elakkan pembaziran dan nikmati raya dengan hati yang tenang. Biar sederhana, asalkan bahagia.

24 comments:

  1. Betul tu, apa-apa pun kita haruslah bersederhana. Beli barang yang perlu saja, untuk persiapan raya.

    ReplyDelete
  2. Betul, kena berhemah dalam berbelanja. Seeloknya simpan awal2 bahagian untuk Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Rancang duit untuk kegunaan selepas raya.

      Delete
  3. betul...ammi tetiap tahun baju raya 1 je sbb hari yg lain tu pakai je baju2 yg lepas2 tu. pastu langsir semua tak perlu pun tukar. kita cuci je pastu pasang balik. kuih raya jarang beli, cuma beli kerepek2 je yg confirm akan habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab membeli kuih tu betul. Beli kuih/kerepek yang kita sendiri suka makan. Kalau orang tak makan, kita boleh habiskan.

      Delete
  4. Bila kira2 semula.. Perbelanjaan lagi banyak ke duit raya.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada 9 adik beradik. Anak-anak buah jangan cakaplah, ramai. Tapi sekarang ramai dah besar panjang, layan kan cucu-cucu sedara.

      Delete
  5. Baju raya tahun ni tak beli pun. Pakai baju kenduri anak buah tahun lepas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus.. Kalau kami orang lelaki dah la kurang guna baju Melayu, jadi saya beli baju Melayu rakyat, berfesyen sikit, boleh bawak pergi masjid atau guna harian.

      Delete
  6. Memang kita terpaksa berbelanja lebih daripada biasa bila tiba musim raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah jawabnya. Cuma berpada-pada sahaja.

      Delete
  7. Pesanann terbaikkk👍👍
    Insyaallah sederhana je beraya kat kl
    Kalu blk kg bertambahh belanjaaa
    Slmt hari raya Fairus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung memang banyak belanjanya. Selamat hari raya.

      Delete
  8. bersederhana...janji dpt meraikan hari raya dgn keluarga tercinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Yang penting dahulukan mana yang penting.

      Delete
  9. mujur la dpt duit raya rm500 dari PMX. Legalah sikit nak berbelanja raya ni.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.