Wednesday, March 26, 2025

Beraya Biar Bijak, Jangan Pokai

Hari Raya Aidilfitri memang masa yang ditunggu-tunggu. Seronok dapat berkumpul dengan keluarga, menikmati juadah sedap dan bergaya dengan pakaian baharu. Tapi kadang-kadang, dalam keterujaan nak sambut raya, kita terlupa nak kawal perbelanjaan. Akhirnya, lepas raya dompet pun ‘kering’, gaji bulan depan pun dah siap untuk bayar hutang. Jadi, tak salah nak beraya sakan, tapi biarlah berpada-pada. Raya tetap meriah walaupun kita belanja dengan bijak.


Antara cara mudah nak berjimat ialah buat bajet awal-awal dan ikut senarai yang betul-betul penting. Tak perlu beli baju raya setiap tahun kalau yang lama masih elok. Kuih raya pun tak perlu beli berbalang-balang kalau akhirnya tak habis dimakan. Kalau rajin, boleh buat sendiri, lagi jimat, lagi puas hati. Dan kalau nak bagi duit raya, tak perlu paksa diri ikut orang lain. Ikut kemampuan sendiri, bukan ikut trend.

Yang penting, raya ni tentang kebersamaan bukan semata-mata berbelanja besar. Jangan sampai lepas raya kita stress sebab duit dah habis, tapi raya pun tak sempat nak nikmati betul-betul. Jadi, berbelanja dengan bijak, elakkan pembaziran dan nikmati raya dengan hati yang tenang. Biar sederhana, asalkan bahagia.

8 comments:

  1. Betul tu, apa-apa pun kita haruslah bersederhana. Beli barang yang perlu saja, untuk persiapan raya.

    ReplyDelete
  2. Betul, kena berhemah dalam berbelanja. Seeloknya simpan awal2 bahagian untuk Raya.

    ReplyDelete
  3. betul...ammi tetiap tahun baju raya 1 je sbb hari yg lain tu pakai je baju2 yg lepas2 tu. pastu langsir semua tak perlu pun tukar. kita cuci je pastu pasang balik. kuih raya jarang beli, cuma beli kerepek2 je yg confirm akan habis

    ReplyDelete
  4. Bila kira2 semula.. Perbelanjaan lagi banyak ke duit raya.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Baju raya tahun ni tak beli pun. Pakai baju kenduri anak buah tahun lepas je.

    ReplyDelete
  6. Memang kita terpaksa berbelanja lebih daripada biasa bila tiba musim raya.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.