Thursday, February 6, 2025

Nasi Lemak Satu Ringgit

Kalau bercakap pasal makanan kegemaran, aku mesti tak boleh lari daripada nasi lemak bungkus yang berharga satu ringgit. Mungkin bagi sesetengah orang, harga macam ni boleh buat orang rasa tak percaya, tapi percayalah walaupun mkecil dan murah, rasanya memang sedap. Dan yang lebih best, tempat jualnya tak jauh dari rumah aku. Setiap kali hujung minggu atau waktu cuti, dah jadi macam rutin untuk singgah beli nasi lemak ni.


Aku tak beli sebungkus dua, tetapi biasanya aku beli dalam enam atau tujuh bungkus sekaligus. Yelah, untuk keluarga kan? Tapi yang pasti, aku tak pernah miss makan dua bungkus setiap kali. Apa yang buat nasi lemak ni special? Simple je, sebab tak banyak bahan pun, hanya nasi lemak, telur suku, sambal dan timun. Walaupun nampak ringkas, tapi rasanya penuh berbaloi. Yang paling penting, sambalnya memang sedap dan tak terlalu pedas.

Setiap kali makan nasi lemak ni, aku mesti tambah dua biji telur mata goyang. Makan nasi lemak dengan telur mata goyang ni bagi aku rasa lebih lengkap. Cukup la, kan? Tak perlu yang mewah-mewah, yang penting puas hati. Hehe..


Kadang-kadang, aku terfikir juga, benda yang simple dan murah ni rupanya boleh jadi pengubat selera dan menyatukan keluarga. Walaupun nasi lemak ni basic, tapi bagi aku, ia penuh dengan nostalgia dan kenangan manis. Cuma satu ringgit, tapi kepuasan yang aku dapat tak terhingga. Menjadikan pagi aku begitu indah dengan sarapan yang enak dan murah. Kalau korang ada kat kawasan aku, mesti nak cuba nasi lemak ni. 

38 comments:

  1. Siap ada telur suku, memang murah sangat harga RM1.
    Paling murah saya jumpa di utara ni RM1.50.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak jumpa harga RM1 sekarang. RM1.50 di utara pun masih ok. Harap-harap harga kekal berpatutan.

      Delete
  2. nasi lemak kalau sedap akan ulang beli selalu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sedap, memang susah nak lupa. Lagi-lagi kalau sambalnya sedap dan nasi lemaknya wangi.

      Delete
  3. Uiiii...sodap tu..SA pun suka mencuba sedap ke tak nasi lemak bungkus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SA.. Nasi lemak bungkus ni memang lain macam sedap dia.

      Delete
  4. Pernah beli nasi lemak RM1 tapi lupa di mana, juga sedap. Tambah 2 telur mata tu memang lagi sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Nasi lemak RM1 memang susah nak jumpa sekarang, tapi kalau dapat yang sedap, memang berbaloi. Tambah 2 telur mata pula, confirm bertambah sedap.

      Delete
  5. Rinduuu nasi lemakk 50 sen daun pisang dulu2🤭zaman sek rendah
    Skrggg xdak dahh
    Singgit lima posen dah pastu x sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah laaa... Memang zaman berubah, harga pun ikut naik. Dulu 50 sen dah boleh dapat sebungkus nasi lemak daun pisang yang sedap, sekarang RM1.50 pun belum tentu kena dengan selera. Tapi kalau jumpa yang sedap, berbaloi jugak kan..

      Delete
  6. nampak pun dah sangat sedap.. harga pun lahai murahnye... semoga murah rezeki penjualnya... ameeennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, bukan saja nampak sedap, tapi rasanya pun enak. Harga pun berpatutan, sesuai untuk semua. Semoga penjualnya terus dimurahkan rezeki dan perniagaannya semakin maju. Aamiin

      Delete
  7. alhamdulillah, nasi lemak kegemaran saya juga. tak cukup sebungkus, samaaa... kadang pukul rata tiga bungkus terus. muehehe! telur goyang tu, esok buatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga bungkus terus, memang padu le.. Hehe.. Esok bolehlah buat telur goyang tu, confirm lagi nikmat.

      Delete
  8. Murah dan sedap.. Memang orang repeat banyak kali.. Kdg2 terfikir, ad untung ke orang meniaga murah nie, sebab diri sendiri pun tahu harga barang sekarang macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang dinamakan rezeki, kan? Kadang-kadang kita pun terfikir macam mana mereka boleh jual murah, tapi mungkin mereka ada strategi tersendiri. Yang penting, kita sebagai pelanggan pun gembira dapat makan sedap dengan harga murah.

      Delete
  9. Nasi lemak macam ni selalunya best. Simple tapi rasanya memang memikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kesederhanaan itulah yang menjadikan sesuatu hidangan lebih enak. Nasi lemak dengan sambal yang enak memang tak pernah mengecewakan.

      Delete
  10. Uncle suka telur cam tu... Kuning lembik tabur lada sulah & kicap

    ReplyDelete
  11. menggamit memori la cerita pasal nasi lemak.. Cuya nak buat entri la pasal ni

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nasi lemak telur goyang tu memang nikmat dapat makan.

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang yg simple dan murah tu la sedap..telur mata kuning goyong..lagi menambat selera..

    ReplyDelete
  14. Sy kalau tapau utk bekfes di umh mmg akn add on telor mata.. pn dh cukup lengkap walaupun hanya ns lemak basic

    ReplyDelete
  15. Saya juga sukaaaaaaaaa nasi lemak yg bungkus begini, dan hrg masih murah. 😍😍😍😍. Walaupun tiap ke Penang dan KL dah susah cari yg 1ringgit. Paling murah pun 2 Ringgit hahahhaha. Tp tak apa, masih suka, Krn memang basic dan biasanya nasi lebih wangi. Memang tak cukup makan sebungkus 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ok la nasi lemak ni.. Tapi tak cukup makan sebungkus.

      Delete
  16. nasi lemak yg kecil2 ni jugak sedap. saya otw pergi tmpt keje selalu singgah kat peniaga tepi jalan yg jual nasi lemak rm2 ni. ada lauk sotong, paru, dendeng n macam2 lagi semua harga sama je. memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situ ada juga lauk, tapi ada ayam goreng dan sambal paru je.

      Delete
  17. Bagusnya, masih ada nasi lemak singgit.
    Kat tempat saya paling murah pernah jumpa, singgit lima puluh sen. Itu pun, takde telur. Cuma nasi dan sambal. Timun pun takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peniaga main harga, ada yang main volume..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.