Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat anak keempat aku, Muhammad Firman, kerana dia sudah memulakan persekolahan Tahun 1 di SK Taman Bukit Rambai. Sekolah ini adalah sekolah rendah dengan jumlah pelajar paling ramai di Melaka. Semasa sesi taklimat pagi tadi, guru besar memaklumkan bahawa sekolah ini mempunyai seramai 1,686 orang pelajar. Untuk Tahun 1 sahaja, terdapat 10 kelas yang menampung murid-murid baharu.
Dengan Firman sudah memulakan alam persekolahan, kini aku mempunyai empat orang anak yang bersekolah. Anak sulung kini berada di tingkatan 5, manakala anak kedua pula akan memasuki tingkatan 1 dan bakal tinggal di asrama. Anak ke-3 akan naik. Ke darjah 4. Hanya tinggal seorang sahaja lagi yang belum bersekolah. Melihat anak-anak membesar dan melangkah ke fasa baru dalam kehidupan mereka benar-benar membuatkan aku terasa masa berlalu begitu pantas.
Hari orientasi ini adalah pengalaman baru buat Firman. Dia berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baru, guru-guru dan melihat persekitaran sekolah. Walaupun mungkin masih ada sedikit rasa janggal, aku harap dia akan cepat menyesuaikan diri dan menikmati pembelajaran. Dunia sekolah rendah pastinya akan menjadi kenangan indah dalam kehidupannya nanti.
Sebagai ibu bapa, aku hanya mampu berdoa dan memberi sokongan agar anak-anak dapat menimba ilmu dengan baik. Semoga Firman seronok belajar, rajin membaca dan membesar menjadi insan yang berguna. Selamat menempuh alam persekolahan, anakku.
Selamat bersekolah Firman. Moga menjadi anak yang soleh cemerlang dunia akhirat dan Allah sentiasa pelihara . Aamin
ReplyDeleteAmin..amin..tq auntie.
DeleteSelamat menempuh ke alam sebenar persekolahan wahai Muhammad Firman.
ReplyDeleteAnak-anak sekarang berani walaupun sekolah tu sekolah kali pertama di kunjungi. Elok sahaja mereka, malah dihalaunya kita balik, habis sekolah baru disuruhnya ambil. isk!
Yang seorang ni memang lain macam sedikit.
Deleteselamat menempuh alam persekolahan Firman...
ReplyDeleteTerima kasih auntie.
DeleteWah segak adik firman ni... selamat menempuh minggu transisi ya
ReplyDeleteTerima kasih auntie.
Delete*Utusan Diraja*
ReplyDeleteKehadapan tuan hamba,
Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
Beta menanti!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
Saya sudah sertai. Hehe. Terima kasih atas jemputan.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat belajar Firman.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
Terima kasih cikgu.
Deleteselamat bersekolah Firman...
ReplyDeleteTerima kasih.. Hehe
Deleteanak sulung FM sebaya anak ammi.
ReplyDeleteMuhammad Fahim namanya.. Hehe.
DeleteAnak saya tinggal seorang sahaja yang bersekolah dan dua sudah jejak kaki universiti...memang terasa juga tekanan dan cabaran namun semuanya akan berakhir dengan indah...semoga Muhammad Firman berjaya di dunia dan akhirat
ReplyDeleteInsya-Allah..
DeleteWaaah banyaaak sangat dalam 1 sekolah. 1600an siswa yaaa ..
ReplyDeleteMemang setelah punya anak ini, terasa cepat sangat waktu berlalu .. tak sadar tau2 anak dah besar, remaja, laku kuliah pula 😄
Betul..
Delete